• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Wednesday, March 3, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

ISU LARANGAN SOLAT: GARIS PANDUAN SAHAJA TIDAK MENCUKUPI

Adenan Mohd. Noor by Adenan Mohd. Noor
August 3, 2019
in Bicara Agama, Utama
0
ISU LARANGAN SOLAT: GARIS PANDUAN SAHAJA TIDAK MENCUKUPI
179
SHARES
1.1k
VIEWS

MUAFAKAT memandang serius isu yang tular sebelum ini berkenaan satu tangkap layar yang menunjukkan memo daripada sebuah syarikat di Selangor yang mengandungi larangan terhadap pekerja untuk menunaikan ibadah solat selain daripada waktu makan tengahari.

Walau bagaimanapun pihak syarikat telah menafikan perkara tersebut. Sehingga kini perkara sebenar yang berlaku masih tidak diketahui dan MUAFAKAT berharap Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dapat melakukan siasatan seadil-adilnya.

Walau apapun perkara yang terjadi, pada tahun lepas sahaja 15 aduan berkaitan hal pelepasan solat semasa waktu bekerja diterima oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) sepanjang tahun 2018. Ini belum termasuk kes-kes seumpama yang tidak diadukan.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku memandangkan Islam adalah agama persekutuan menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan kira-kira 14.85 juta tenaga kerja di Malaysia sama ada tempatan mahupun asing adalah beragama Islam. Sepatutnya Key Performance Indicator (KPI) yang perlu dicapai adalah sifar aduan bagi hal pelepasan solat.

MUAFAKAT menyambut baik inisiaif kerajaan dahulu dan kini di dalam mengeluarkan ‘Garis Panduan Menunaikan Solat Dalam Waktu Kerja’ sebagai panduan kepada para majikan dalam memudahkan pelaksanaan tanggungjawab seseorang pekerja Muslim untuk menunaikan solat dalam waktu kerja.

Walau bagaimanapun, MUAFAKAT memerhatikan bahawa setakat ini tidak banyak publisiti dan promosi yang dilakukan pihak kerajaan di dalam memperkenalkan garis panduan yang telah dilancarkan pada awal tahun ini agar ianya benar-benar didokong syarikat swasta. Ini menunjukkan sama ada kerajaan tidak serius dan komited di dalam hal ini ataupun menteri yang menerajuinya belum benar-benar kompeten.

Meskipun terdapatnya garis panduan yang seperti hidup segan mati tidak mahu ini, MUAFAKAT masih ragu-ragu penerimaannya oleh syarikat swasta. Lihat sahaja isu sebuah syarikat di Johor Bahru yang tidak mengiktiraf Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 sebagai cuti umum.

Perkara yang melibatkan ketua negara sahaja sudah dipandang enteng, maka apa yang boleh diharapkan kepada perkara agama yang dianggap sebagai hal individu? Akhirnya syarikat terbabit akur untuk mematuhi peruntukan di bawah Seksyen 60D (1) (b) Akta Kerja 1955 untuk memberikan cuti kepada pekerja.

Melihat kepada keberkesanan undang-undang di dalam menundukkan syarikat swasta, MUAFAKAT berpendapat peruntukan undang-undang juga perlu diwujudkan bagi menghukum majikan yang tidak memberikan pelepasan bersolat. Sekiranya telah wujud peruntukan berkaitan maka penguatkuasaan perlu diperkasakan.

Hal ini menjadi lebih bermasalah apabila melibatkan pelepasan solat Jumaat yang mengambil waktu yang lebih lama. Syarikat swasta perlu mengetahui bahawa Akta dan Enekmen-enekmen Jenayah Syariah Wilayah/Negeri menyatakan bahawa kesalahan tidak menunaikan solat Jumaat sebagai suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman denda atau penjara.

Sehubungan itu, dengan tidak memberi kebenaran untuk menunaikan solat Jumaat seolah-olah menggalakkan akta dan enekmen-enekmen tersebut dilanggar.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, MUAFAKAT ingin mencadangkan agar kesemua Parlimen dan DUN dapat mempertimbangkan untuk menjadikan Hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu sepertimana yang telah dibuat di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor.

Cuti pada hari Jumaat dilihat membawa kepada pendekatan menang-menang kerana tidak timbul soal pekerja beragama Islam kembali bekerja tidak mengikut waktu ditetapkan, jika solat Jumaat habis lewat.

Malah pekerja beragama Islam tidak perlu tergesa-gesa datang ke tempat kerja awal pagi disebabkan bacaan Surah Al-Sajadah dan Surah Al-Insan di dalam Solat Subuh yang mengambil lebih masa berbanding hari-hari yang lain.

Pendapat bahawa penukaran cuti hujung minggu ini akan mengganggu urusan perniagaan hanyalah mitos kerana banyak syarikat-syarikat multinasional yang berurus niaga dengan/di negara-negara Asia Tengah yang cuti pada hari Jumaat tetapi tidak mengalami apa-apa masalah. Malah sekalipun bekerja pada hari Jumaat, hari dan waktu di negara-negara bahagian lain dunia adalah tidak sama.

Rujukan:

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/kilang-di-kapar-larang-pekerja-islam-bersolat-1.947424

https://www.sinarharian.com.my/article/8149/BERITA/Nasional/Garis-panduan-solat-waktu-kerja-dilancar

Cadangan ini walau bagaimanapun pernah ditentang oleh wakil rakyat DAP sewaktu mahu dilaksanakan di Pahang dan Johor. Hanya Johor yang berjaya laksanakan tetapi merangkumi sektor awam sahaja.

Mohd Amir

Ahli MUAFAKAT

Tags: Jabatan Tenaga KerjaMohd AmirMUAFAKATPakatan HarapanSolat Jumaat
Previous Post

SAUDI MENETAPKAN HARI PERTAMA HAJI PADA PADA 9 OGOS, AIDILADHA PADA 11 OGOS

Next Post

JHO LOW, NIK FAISAL DAN JOANNA, ANTARA PENIPUAN DAN KONSPIRASI

Adenan Mohd. Noor

Adenan Mohd. Noor

Related Posts

SUGARBOOK: JANGAN DEKATI ZINA

SUGARBOOK: JANGAN DEKATI ZINA

February 14, 2021
ADAKAH PUTRA, IKATAN DAN BERJASA MASIH BELUM CUKUP SEMPURNA MELAYU-ISLAM?

ADAKAH PUTRA, IKATAN DAN BERJASA MASIH BELUM CUKUP SEMPURNA MELAYU-ISLAM?

February 14, 2021
MUNGKIN TUN MAHATHIR AKAN BERPUAS HATI JIKA PENDIDIKAN AGAMA DIHAPUSKAN TERUS?

MUNGKIN TUN MAHATHIR AKAN BERPUAS HATI JIKA PENDIDIKAN AGAMA DIHAPUSKAN TERUS?

February 12, 2021
MEMBINA NARATIF BARU LEBIH PENTING DARIPADA MEMBINA NEGARA

MEMBINA NARATIF BARU LEBIH PENTING DARIPADA MEMBINA NEGARA

February 9, 2021
MEMPERKASAKAN DEWAN NEGARA KE ARAH PROFESIONALISME, BEBAS DARIPADA PENGARUH POLITIK KEPARTIAN

MEMPERKASAKAN DEWAN NEGARA KE ARAH PROFESIONALISME, BEBAS DARIPADA PENGARUH POLITIK KEPARTIAN

February 8, 2021
BUKU MEMOIR YANG MENGHINA ORANG MELAYU

BUKU MEMOIR YANG MENGHINA ORANG MELAYU

February 5, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In