SAUDI MENETAPKAN HARI PERTAMA HAJI PADA PADA 9 OGOS, AIDILADHA PADA 11 OGOS

40
SHARES
440
VIEWS

Mahkamah Agung Saudi mengesahkan pada Khamis lepas bahawa bulan sabit Dhu Al-Hijjah telahpun kelihatan.

Sehubungan itu, musim Haji pada tahun ini akan bermula pada hari Jumaat, 9 Ogos, kemudiannya para jemaah Haji akan menghabiskan waktu mereka di dataran Gunung Arafat pada hari Sabtu 10 Ogos.

Hari Raya Aidiladha pula jatuh pada hari Ahad, 11 Ogos.

Sehingga Rabu lepas, seramai 1,249,951 jemaah haji telah tiba di Arab Saudi untuk menunaikan Haji  pada musim ini.

Jemaah yang telah tiba kebanyakannya adalah dari Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia serta Tunisia, sebagai sebahagian daripada inisiatif “Makkah Route” atau Laluan Mekah.

Inisiatif tersebut yang telah dilancarkan pada tahun lepas, di mana Indonesia dan Malaysia terpilih sebagai dua negara pertama yang mencuba inisiatif tersebut.

Melalui inisiatif tersebut, antaranya memproses keperluan jemaah haji seperti visa, urusan berkaitan semakan dan saringan kesihatan serta penyelarasan bagasi, yang dilakukan di lapangan terbang negara masing-masing.

Jemaah haji yang telah melalui inisiatif tersebut tidak perlu bersesak-sesak seperti biasa di lapangan terbang semasa ketibaan di Arab Saudi, di mana mereka dibenarkan terus ke tempat penginapan di Makkah dan Madinah sebaik selepas ketibaan.

Proses ini adalah kemudahan yang disediakan bagi melangkau proses semakan rutin di lapangan terbang seperti sebelum ini yang mengambil masa yang agak lama.

Kemudiannya pihak berkuasa perkhidmatan yang terlibat akan menyerahkan bagasi para jemaah haji terus ke tempat penginapan masing-masing.

Inisiatif itu dilihat amat berkesan dalam mengurangkan kesesakan yang kerap berlaku di lapangan terbang negara tersebut terutamanya apabila tiba musim Haji pada setiap tahun.

(Berita dipetik dari portal berita rasmi Arab Saudi iaitu Arab News)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan