• MENGENAI ED
  • HUBUNGI KAMI
  • PENGIKLANAN
  • PENAFIAN
  • HANTAR ARTIKEL
Friday, March 5, 2021
No Result
View All Result
Editor Malaysia
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN
Editor Malaysia
No Result
View All Result

MEMO LARANGAN PEKERJA SOLAT: INI NEGARA MALAYSIA, BUKAN KOMUNIS

Kamarool Haidi by Kamarool Haidi
August 2, 2019
in Ulasan, Utama
0
MEMO LARANGAN PEKERJA SOLAT: INI NEGARA MALAYSIA, BUKAN KOMUNIS
95
SHARES
708
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR

Penularan memo larangan solat ke atas pekerja oleh pihak pengurusan salah satu kilang di Klang adalah satu tindakan yang biadap dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang merupakan majoriti rakyat dalam negara Malaysia.

Memo larangan yang disertai dengan hukuman denda sebanyak RM500 itu juga seakan mencabar kedaulatan negara Malaysia yang memperuntukkan Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan.

Walaupun isu ini telahpun selesai menurut laporan berita dari Utusan Malaysia (http://m.utusan.com.my/berita/nasional/pekerja-sahkan-memo-larangan-solat-betul-1.947594) pada semalam, 1 Ogos 2019, setelah wakil pekerja berjumpa dengan pihak pengurusan kilang namun diharapkan perkara seumpama begini tidak akan berulang kembali.

Amat mendukacitakan apabila alasan yang diberikan oleh pihak pengurusan adalah salah faham mengenai waktu solat yang akhirnya menyebabkan memo tersebut dikeluarkan sedangkan Malaysia sebuah negara yang memiliki peratusan penganut Islam yang besar.

Selain itu, isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam ini tidak wajar dipandang enteng dan dibiarkan sebegitu sahaja. Sepatutnya di Negeri Selangor ini yang Menteri Besarnya memegang portfolio agama mestilah cakna, mengambil tanggungjawab dan melakukan sesuatu tindakan untuk memastikan perkara seumpama ini tidak berlaku di tempat yang lain.

Kita juga memberi amaran agar semua pihak yang ada menghormati sensitiviti umat Islam dalam apa jua keadaan. Kita melihat sejak akhir-akhir ini khususnya pasca PRU-14, isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam kerap berlaku.

Namun yang menjengkelkan ialah kadang kala alasan yang diberikan ialah salah faham atau tidak tahu, sedangkan kita berada di negara yang diperintah oleh orang beragama Islam, majoriti rakyat beragama Islam, serta peruntukan Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan malah Institusi Beraja selaku Ketua Agama, bukannya kita berada di dalam sebuah negara komunis!

ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN

Syarhan Humaizi Halim

Ketua Penerangan PAS Selangor

1 Zulhijjah 1440H | 2 Ogos 2019

Tags: CinaIslamKerajaan Negeri SelangorkomunisPAS SelangorSyarhan Humaizi Halim
Previous Post

KEMBALIKAN IMEJ SELANGOR SEBAGAI NEGERI BERKEBAJIKAN

Next Post

SAUDI MENETAPKAN HARI PERTAMA HAJI PADA PADA 9 OGOS, AIDILADHA PADA 11 OGOS

Kamarool Haidi

Kamarool Haidi

Related Posts

TANGGUNGJAWAB KETUHANAN DAN KENEGARAAN UNTUK MEMILIH AHLI PARLIMEN YANG BERINTEGRITI DAN AMANAH

TANGGUNGJAWAB KETUHANAN DAN KENEGARAAN UNTUK MEMILIH AHLI PARLIMEN YANG BERINTEGRITI DAN AMANAH

January 30, 2021
MELAYU TIDAK PERLU BERSATU TETAPI PERLU BERSAMA

MELAYU TIDAK PERLU BERSATU TETAPI PERLU BERSAMA

January 9, 2021
SELANGOR JUARA DALAM 3 KATEGORI – ISU AIR, COVID-19 DAN DENGGI

SELANGOR JUARA DALAM 3 KATEGORI – ISU AIR, COVID-19 DAN DENGGI

January 7, 2021
MASALAH BEKALAN AIR MERUNCING, BUKTI KERAJAAN PH SELANGOR LEMAH

MASALAH BEKALAN AIR MERUNCING, BUKTI KERAJAAN PH SELANGOR LEMAH

January 5, 2021
NARATIF “MELAYU ADALAH PENDATANG” MERUPAKAN PROPAGANDA KOMUNIS

NARATIF “MELAYU ADALAH PENDATANG” MERUPAKAN PROPAGANDA KOMUNIS

January 5, 2021
ADAKAH KINI FAHAMAN KOMUNISME BUKAN LAGI ANCAMAN KEPADA NEGARA?

ADAKAH KINI FAHAMAN KOMUNISME BUKAN LAGI ANCAMAN KEPADA NEGARA?

January 3, 2021

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • LAPORAN
  • SEMASA
  • POLITIK
  • DAULAT
  • PENDIDIKAN
  • RENCANA
  • ULASAN
  • BICARA AGAMA
  • SENYUM BABUN
  • SUMBANGAN

Copyright 2020 © All rights Reserved Editor Malaysia

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms below to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In