MERAFAK SEMBAH JUNJUNG KASIH DAN TAHNIAH SEMPENA PERTABALAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-16

491
SHARES
2.8k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA

Bagi Pihak ADT PUTRA

ADT PERKASA merafak sembah JUNJUNG KASIH dan setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH di atas pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke 16 Al-Sultan Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta-in Billah Shah.

Daulat Tuanku. 

Daulat Tuanku. 

Daulat Tuanku. 

Bagi memulakan bicara, patik mewakili pihak PUTRA dan PERKASA Malaysia mempersembahkan setinggi-tinggi junjungan kasih serta taat setia kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, sempena pertabalan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang penuh beristiadat.

Baginda DYMM YDP AGONG KE-16 adalah RAJA YANG BENAR-BENAR BERJIWA Rakyat, mewarisi darah daging Almarhum Sultan Ahmad Shah yang terkenal dengan prinsip Raja dan rakyat berpisah tiada. Begitulah kata pepatah Melayu di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

PUTRA dan PERKASA penuh yakin negara dan rakyat akan dilimpahkan  dengan keberkatan Allah di bawah naungan sepanjang pemerintahan DYMM YDP AGONG KE-16.

Semua rakyat hendaklah wajib taat setia dan berdiri teguh bersama DYMM YDP AGONG KE-16 dan MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU. 

Raja Berperlembagaan adalah salah satu institusi pemeritahan negara bersama Demokrasi Berparlimen. Masing-masing mempunyai peranan seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Parlimen berkuasa membuat undang-undang dan kerajaan melaksanakan tugas manakala DYMM YDP AGONG serta Majlis Raja-raja Melayu bertindak  untuk semak dan imbang.

Maka oleh yang demikian, perkara-perkara penting yang termaktub dalam Perlembagaan mesti mendapat ampun perkenan DYMM YDP AGONG dan Majlis Raja-raja Melayu.

Inilah ikrar keramat dan persetujuan sebelum Persekutuan Tanah Melayu Merdeka 1957.

Rakyat wajib memperkasa dan mendaulatkan Fasal 153 dan fasal-fasal yang berkaitan dalam Perlembagaan Negara.

PUTRA dan PERKASA melafazkan ikrar dan sumpah mempertahankan ke titisan darah terakhir sehingga kiamat bahawa sistem Raja Berperlembagaan, Demokrasi Berpalimen dan Persetujuan Sosial Kontrak akan dipertahankan, membujur lalu melintang patah di mata hujung keris Taming Sari.

AMPUN TUANKU. 

DAULAT TUANKU DYMM YDP AGONG KE-16 YANG BERSEMAYAM DI SINGGAHSANA DENGAN PENUH DAULAT DAN BERKAT.

PATIK SEKALIAN DATANG SEMBAH MENJUNJUNG KASIH TAAT SETIA SEMPENA PERTABALAN DYMM YDP KE-16. 

DAULAT TUANKU. 

DAULAT TUANKU. 

DAULAT TUANKU. 

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden PUTRA & PERKASA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts