50 TAHUN TERLALU LAMA TUDUH DAP RASIS

378
SHARES
2.2k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

27 Julai 2019

Zaid Ibrahim kata, 50 tahun adalah terlalu lama untuk Melayu semai ketakutan ke atas DAP.

Kalau selepas tragedi 13 Mei 1969 tak apalah juga kata Zaid. Ini selama lima dekad.

Lupakah Zaid dalam tempoh lima dekad itu sudah ada usaha untuk memurnikan DAP. Tanyalah Ku Li dan Ustaz Hadi.

PAS ada pengalaman dengan DAP melalui Semangat 46-Ku Li. Kemudian PAS dengan DAP melalui PKR-Anwar. Tetapi kenapa PAS putuskan hubungan dengan DAP sebelum PRU ke-14?

Zaid tidak pentingkan itu semua. Dia masuk DAP kerana mahu jadi calon dan menang. Tunggulah, kalau dengan DAP dia gagal jadi YB, dia akan masuk PPBM pula.

Sebenarnya perangai orang Melayu yang masuk DAP seperti Zaid, Ustaz Wan Ji, Dyana Sofia dan YB Norhizam Hassan Bakti (Siapa YB?) menyebabkan orang Melayu semakin sangsi dengan DAP.

Apatah lagi selama lima dekad, DAP tidak pernah meninggalkan perjuangan Malaysian Malaysia. DAP lebih mengutamakan isu kaum Cina.

Ada DAP bising apabila seorang murid pra sekolah (SK) maut terjatuh daripada jambatan gantung yang tidak diselenggara di Lilingkuon Tongod Sabah?

DAP pasti melalak jika Ia membabitkan murid SJKC atau SJKT.

DAP tidak lantangpun dalam kes Adib? Tetapi dalam kes Teoh Beng Hock (tahanan SPRM) DAP membelanya hingga ke hari ini sampai mayat digali semula.

DAP sebenarnya kekal parti rasis. Orang Melayu tidak takut pada DAP tetapi meluat.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts