KETUA POLIS NEGARA BUANG MASA KERANA BUAT LAPORAN POLIS?

41
SHARES
450
VIEWS

Mohd Puad Zarkashi

25 Julai 2019

Ketua Polis Negara (KPN) buat laporan polis terhadap Lokman Adam kerana tuduh beliau menipu.

Farhash Wafa Salvador (Setpol Anwar) cabar KPN, “Kalau ada kredibiliti, tangkap Azmin dan hantar dia ke dalam. Kenapa tangkap saya sedangkan saya bukan Azmin”, soalnya.

Tetapi KPN kata, isu video ni buang masa dia. Polis banyak lagi kerja lain. Kenapa perlu dibebankan dengan perkara remeh.

Remeh? Ini perkara besar kerana ia melibatkan Menteri dan siapa bakal Perdana Menteri.

Kalau remeh kenapa dia pula buat laporan polis terhadap Lokman sedangkan ia berkaitan isu sama iaitu video Azmin-Haziq?

KPN menyalahkan orang politik sebagai punca permasalahan. Dia lupa, bahawa dia dilantik kerana politik dan oleh orang politik.

Anwar adalah ahli Parlimen, Isteri Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri. Mereka adalah orang kerajaan, wakil rakyat kerajaan, anggota kabinet kerajaan dan mereka juga orang politik.

Sebenarnya kerja polis menjadi buang masa jika sekiranya polis buat kerja ikut telunjuk orang politik yang menguasai kerajaan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan