KENYATAAN MEDIA PUTRA MENGENAI ISU PENCEMARAN ALAM DI PASIR GUDANG

368
SHARES
2.1k
VIEWS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1. PUTRA telah turun padang ke Pasir Gudang pada 23 dan 24 Julai 2019 bagi melihat sendiri status pencemaran dan mendengar keluhan rakyat berkaitan isu pencemaran ini.

2. PUTRA turun ke lokasi pencemaran dengan disambut oleh Jawatankuasa Bertindak Penduduk Pasir Gudang yang turut menjemput kira-kira 30 orang penduduk Pasir Gudang yang sebahagiannya adalah mangsa kejadian pencemaran ini.

3. Disebabkan mangsa-mangsa ini tidak dijemput ketika sesi lawatan pemimpin kerajaan, dengan ketiadaan saluran rasmi kerajaan untuk mereka membuat aduan, mereka telah meluahkan segala yang terbuku kepada pihak PUTRA seperti yang tular di sini;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2904247126468010&id=100006482544558

https://www.facebook.com/WIRAWATIPUTRA/videos/2427935333916727/

4. PUTRA kemudiannya diiringi oleh Jawatankuasa Bertindak Penduduk Pasir Gudang terus turun ke sekitar Sungai Kim-Kim untuk mengambil spesimen air Sungai untuk dihantar ke makmal dan menjalankan rakaman gambar udara dengan menggunakan dron seperti yang dilaporkan di sini;

http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/kajian-sendiri-rungkai-misteri-pencemaran-di-pasir-gudang-1.942856#.XTcPg00lxvM.facebook

5. Hasil dari 2 hari tinjauan PUTRA di lokasi pencemaran, PUTRA menggariskan beberapa masalah yang gagal ditangani kerajaan seperti berikut:-

i) Tiada Bilik Gerakan ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat sebagai Pusat pengumpulan data, maklumat atau aduan awam berkaitan isu pencemaran di Pasir Gudang.

ii) Pihak Hospital dilihat menyembunyikan maklumat hasil kajian makmal terhadap ujian-ujian darah yang diambil daripada mangsa.

iii) Tiada sebarang taklimat diberikan kepada penduduk daripada pihak Jabatan Alam Sekitar atau Hazmat untuk tujuan panduan dan pendidikan kepada penduduk berkaitan situasi pencemaran dan langkah-langkah kecemasan yang perlu diambil bagi menghadapi keadaan jika terhidu bauan pelik tertentu di sekitar lokasi.

iv) Tiada sebarang pampasan atau bantuan peralatan diberikan kepada penduduk yang diarahkan melupuskan semua pakaian sekolah pada hari kejadian.

v) Kelemahan sistem penyampaian dan asas komunikasi di kalangan petugas kesihatan dan sekolah untuk menjelaskan fakta sebenar yang berlaku berkaitan punca pencemaran.

vi) Tiada laporan berita berkaitan seriusnya keadaan sebenar yang berlaku di Pasir Gudang di media arus perdana seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu.

6. PUTRA atas inisiatif sendiri akan menghantar spesimen-spesimen air tercemar ke makmal untuk diuji dan dapatannya akan dimaklumkan sebaik sahaja keputusannya disahkan oleh pakar kimia bebas yang dilantik.

7. Pada masa yang sama, PUTRA mendesak agar pihak kerajaan dapat kerap turun padang bagi menunjukkan sifat tanggungjawab kepada pengundi atas bencana yang berlaku ini tanpa cuba menyembunyikan apa-apa risiko bahaya yang mungkin dihadapi rakyat dalam jangka masa panjang.

8. PUTRA juga menemui YB Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang dan turut mendengar luahan YB Hassan Karim berkaitan beberapa situasi, yang beliau sendiri tidak berpuas hati dengan maklum balas dari pihak-pihak yang lebih berkuasa daripada beliau, termasuk meluahkan kekecewaan beliau apabila usul tergempar yang beliau cadangkan di Parlimen untuk kerajaan mengisytihar darurat di Pasir Gudanng, dipandang enteng oleh kerajaan

http://www.astroawani.com/video-malaysia/saya-mahu-usul-dibincang-hari-ini-bukan-isnin-depan-ahli-parlimen-pasir-gudang-392892

9. PUTRA dengan ini mendesak agar kerajaan menggunakan Akta MKN 2016 untuk segera mengisytiharkan Pasir Gudang sebagai kawasan darurat bencana berlandaskan fakta bahawa setiap hari semakin teruk keadaan kesihatan anak-anak di Pasir Gudang.

10. Pada masa yang sama, kerajaan hendaklah bertegas terhadap kilang-kilang yang mencemarkan alam sekitar di Pasir Gudang termasuk menyita operasi dan menutup kilang tersebut kerana ketamakan kapitalis mengambil jalan mudah melupuskan bahan kimia merbahaya yang menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

11. Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan sehelai daun. Amarah rakyat jangan dipandang mudah semata-mata untuk melindungi seorang dua ‘taikun’ penjenayah alam sekitar yang mampu merasuah penguasa untuk memejamkan mata.

12. Tiba masanya nanti, akan terbongkar juga siapa dalang yang telah memangsakan rakyat yang tidak berdosa ini.

13. PUTRA bersimpati, PUTRA peduli dan PUTRA akan bongkarkan sandiwara ini secara berterusan.

PUTRA PERKASA NEGARA

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Naib Presiden PUTRA

Pengerusi Biro Aduan Awam PUTRA

25 Julai 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts