AMARAN BUAT PENCETUS PERPECAHAN KEHARMONIAN NEGARA

619
SHARES
2.1k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN HULU LANGAT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat (DPPHL) menyokong penuh tindakan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor yang telah membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook yang secara jelas telah menghina Islam dan Baginda Rasulullah SAW melalui sebuah gambar yang dimuat naik ke dalam akaun Facebook beliau.

DPPHL seterusnya bertegas dan memberi amaran akan terus mengambil tindakan mengikut lunas perundangan negara ke atas mana-mana pihak yang berterusan dengan sengaja melakukan serangan dan penghinaan kepada agama Islam.

Jesteru itu satu laporan polis telah dibuat oleh DPPHL bersama Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Langat malam tadi terhadap kebiadaban Wendy Loong yang menghina Nabi Muhammad SAW menerusi karikatur disiarkan di media sosialnya di Balai Polis Kajang.

DPPHL sekali lagi ingin beri peringatan kepada semua lapisan masyarakat agar terus kekalkan keamanan negara ini dengan memahami konsep keharmonian dan perpaduan kaum dalam negara Malaysia ini.

Tindakan biadap seperti yang telah dilakukan oleh Wendy Loong merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mencetuskan perpecahan serta perselisihan faham antara kaum dan agama.

DPPHL seterusnya memberi peringatan kepada pimpinan kerajaan terutamanya mereka yang beragama Islam untuk lebih sensitif dalam isu ini dan terkehadapan untuk membela maruah umat Islam.

Sekali lagi DPPHL menyeru Umat Islam tanpa mengira latar belakang politik dan kefahaman harus bangkit menyatakan pendirian yang tegas dalam isu ini supaya ianya tidak lagi berulang.

Apatah lagi ISLAM adalah agama rasmi kebangsaan.

#Demi Islam

#Bangkit : Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah

Zurk Ahmad

Ketua Pemuda DPPHL

25 Julai 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts