HANYA 14 ORANG AHLI PARLIMEN PKR SOKONG AZMIN (DAN MAHATHIR)

371
SHARES
4.1k
VIEWS

Oleh Isham Jalil

Kepada Anwar Ibrahim,

Ini adalah senarai 27 pemimpin-pemimpin PKR yang terdiri daripada 14 Ahli Parlimen, 8 ADUN dan 5 Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR yang menemplak anda semalam dan menyuruh anda diam dari menegur Azmin.

Andapun tentunya sudah tahu secara terang-terang mereka ini penyokong Azmin oleh itu menolak anda.

Bila (jika) anda jadi PM nanti, buatlah yang patut kepada mereka ini, nasihat saya jangan ambil duri dalam daging.

Musuh dalam selimut lebih teruk dari musuh di luar.

Tapi jangan risau, ramai juga dalam senarai ini yang lalang.

Sebab itu dulu ada 20 orang Ahli Parlimen yang sokong Azmin, kini tinggal 14.

Enam orang sudah U-turn, termasuk Shamsul Iskandar. Sebab ada ura-ura dia ingin ‘lawan tokey’ iaitu lawan Azmin untuk jadi Timbalan Presiden pada pemilihan akan datang.

Oleh itu bila (jika) anda jadi PM nanti, pastinya ramai dari mereka yang akan U-turn kepada anda pula untuk jaga periuk nasi mereka terutama yang berjawatan menteri itu.

Saya ulas sebab anda semua dan parti anda sekarang adalah dalam kerajaan.

Oleh itu apa yang anda semua buat sekarang akan memberi kesan kepada rakyat dan negara termasuk saya sendiri.

Kalau tidak sayapun tidak mahu buang masa fikir pasal parti anda.

Anda Presiden PKR. Jangan jadi Presiden tepi. Kalau tidak nanti anda akan jadi sekadar ‘PM tepi’.

AHLI PARLIMEN

1. YB Zuraida Kamaruddin – Naib Presiden PKR (Menteri Perumahan)

2. YB Dr. Xavier Jayakumar – Naib Presiden PKR (Menteri Air)

3. YB Baru Bian – Pengerusi MPN Sarawak / Ahli MPP (Menteri Kerja Raya)

4. YB Dato’ Saifuddin Abdullah – Ahli MPP (Menteri Luar Negeri)

5. YB Sivarasa Rasiah – Ahli MPP (Timbalan Menteri)

6. YB Ali Biju – Naib Presiden PKR (MP)

7. YB Dato’ Sri Dr Santhara – Timbalan Setiausaha Agung / Ahli MPP (MP)

8. YB Dato’ Rashid Hasnon – Ahli MPP (MP)

9. YB Dato’ Dr Mansor Othman – Ahli MPP (MP)

10. YB Dato’ Kamarudin Jaafar – Ahli MPP (MP)

11. YB Steven Choong – MP Tebrau

12. YB Jonathan Yasin – MP Ranau

13. YB Willy Mongin – MP Puncak Borneo

14. YB Maria Chin Abdullah – MP Petaling Jaya

ADUN

1. YAB Amirudin Shari – Ahli MPP

2. YB Haniza Talha – Ketua Wanita / Ahli MPP

3. YB Elizabeth Wong – Ahli MPP

4. YB Azmizam Zaman Huri – Ahli MPP

5. YB Hee Loy Sian – Ahli MPP

6. YB Lee Kai Loon – Ahli MPP

7. YB Dr Daroyah – Timbalan Ketua Wanita / Ahli MPP

8. YB Muhammad Hilman Idham – Timbalan Ketua AMK / Ahli MPP

AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT PKR

1. Tian Chua – Naib Presiden

2. Rahimah Majid – Ahli MPP

3. Zakaria Abdul Hamid – Ahli MPP

4. Mohd Radzlan Jalaludin – Ahli MPP

5. Gan Pei Nei – Ahli MPP

……..

P/S: Saya tidak pasti siapa yang buat poster di bawah ini, ia tidak ada kena mengena dengan penulisan di atas. Namun ia boleh digunakan untuk rujukan gambar. Terima kasih.

HANYA 14 ORANG AHLI PARLIMEN PKR SOKONG AZMIN (DAN MAHATHIR)Kepada Anwar Ibrahim,Ini adalah senarai 27…

Posted by Isham Jalil on Wednesday, July 17, 2019

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan