LAPORAN PAC: DESAK LIM GUAN ENG KE JAWATANKUASA TATATERTIB

355
SHARES
2.1k
VIEWS

1. Pemuda PAS Selangor mendesak agar Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dikenakan tindakan menerusi Jawatankuasa Tatatertib kerana kenyataan beliau pada tahun lepas yang mengelirukan atas tuduhan hasil wang GST yang hilang atau dirompak oleh kerajaan BN yang lalu.

2. Isunya apabila laporan yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) semalam mengesahkan rumusan bahawa tiada kehilangan wang sebanyak RM19.4 bilion dalam kutipan hasil cukai barang dan perkhidmatan (GST).

3. Kenyataan Lim Guan Eng tersebut jelas menunjukkan beliau tidak menghormati Dewan Rakyat atas pembohongan yang dibuatnya pada tahun lepas. Semestinya satu tindakan tegas perlu diambil ke atas beliau demi menjaga kehormatan dan kemuliaan Dewan Rakyat dari menjadi tempat pembohongan dan fitnah.

4. Jika tiada tindakan yang diambil, maka setiap kenyataan dan jawapan yang dikemukakan oleh menteri dari Kerajaan PH pada hari ini semuanya adalah meragukan. Ini kerana Dewan Rakyat telah tercalar dengan pembohongan yang jelas dan sah tanpa ada sebarang tindakan diambil. Jika satu menteri yang sah berbohong dibiarkan, maka tidak mustahil menteri lain turut berkemungkinan berbohong.

5. Pemuda PAS Selangor turut mendesak Dewan Rakyat membenarkan usul untuk membawa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dapat dibahas dan dibincangkan sebelum tamat sesi sidang Dewan Rakyat yang bakal tamat pada Khamis ini.

Demi Islam

Bangkit : Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah

Ustaz Hanafi Zulkapli

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Selangor

13 ZulKaedah 1440H / 16 Julai 2019

Facebook : https://www.facebook.com/dppns.org/?ref=bookmarks
Twitter : https://twitter.com/DPPNSofficial?lang=en
Instagram : https://www.instagram.com/dppns_official/?hl=en

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts