KES ROGOL MELIBATKAN EXCO KERAJAAN NEGERI PERAK

405
SHARES
2.2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERKASA MALAYSIA

PERKASA menggesa pihak PDRM segera menyiapkan siasatan atas aduan kes rogol membabitkan Exco Kerajaan Negeri Perak yang mangsanya pekerja dari Indonesia dan pihak Peguam Negara tidak melengah-lengahkan pendakwaan jika mempunyai bukti kejadian tersebut berlaku.

Kerajaan PH selalu mendakwa mereka telus dan tidak melindungi sesiapa jika pemimpin mereka terbabit dengan salah laku apatah lagi membabitkan kes yang dianggap jenayah berat seperti rogol.

Kes ini telah mendapat liputan meluas media negara jiran kita Indonesia sejak ia didedahkan sehingga ke hari ini. Kes ini sungguh memalukan negara. Kes berprofil tinggi seperti ini sewajarnya disegerakan. Tidak boleh dibiarkan berlanjutan berbulan-bulan tanpa ada sebarang pendakwaan.

PERKASA ingin mengetahui apakah status siasatan kes tersebut sehingga kini dan bilakah siasatan boleh diselesaikan dan pelakunya didakwa.

Adakah perlu berbulan-bulan siasatan dibuat?

PERKASA berharap tiada cubaan untuk melindungi pelaku rogol ini oleh parti memerintah. Rakyat menanti kes ini dan tertanya-tanya, adakah akan ada lagi ahli politik dari PH akan dilindungi atau dilepaskan dari disabitkan kesalahan?

Pemimpin-pemimpin yang memegang jawatan penting di Pusat atau di negeri, tolong jaga tingkah laku kamu semua agar jangan sampai memalukan negara. Dari kes 1MDB hingga ke kes homoseks dan kini kes rogol pula.

Memalukan.

Sekian.

Syed Hassan Syed Ali

Setiausaha Agung PERKASA

16 Julai 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts