KADIR JASIN SUDAH ‘LOST TOUCH’ PERKEMBANGAN UMNO – ISHAM JALIL

379
SHARES
2.2k
VIEWS

Kepada A Kadir Jasin,

Nampaknya anda sudah “lost touch” atau sudah tidak tahu menahu tentang perkembangan sebenar dalam UMNO lagi kini.

Yang terbitkan artikel andapun Malaysiakini, dua kali lima dengan anda juga.

Bila masa pula Tok Mat Hasan berganding dengan KJ?

Jawatan Ketua dan Timbalan di bahagian yang sama tak semestinya membawa maksud tersebut. Budak-budak yang baru belajar politikpun tahu akan hal ini.

Tok Mat Hasan sekarang rating-nya sedang tinggi di kalangan akar umbi UMNO. Buat apa dia mahu bawa dan beri nyawa kepada orang yang rating-nya merudum dan ditolak oleh akar umbi UMNO kini? Ia hanya akan menjadi beban kepadanya.

Jika hendak buat ceritapun biarlah berasas dan credible dan bukan hanya main tembak sahaja untuk jadi batu api.

Lebih baik anda team up-kan KJ dengan Nazri. Yang itu lebih orang percaya.

Yang suka dan menyokong KJ dan Nazri ini adalah orang PH iaitu DAP, PKR dan PPBM.

Orang-orang UMNO rata-rata sudah tolak mereka.

Jika PH ingin ambil mereka, silakanlah.

Pandangan saya, anda tidak perlu sibuk jaga tepi kain UMNO lagi. Kami bukan lagi kerajaan.

Pergilah jenguk masalah dalaman menteri-menteri dan kepimpinan PH anda itu dulu, masalah itu amatlah lagi huru-hara:

1. Menteri Kewangan tidak perform, merosakkan ekonomi dan menipu di Parlimen

2. Menteri Ekonomi dituduh skandal seks luar tabii

3. Menteri Alam Sekitar tidak perform dan dituduh ada kepentingan dengan kilang kimia di Pasir Gudang

4. Team A dan Team B dalam PH berebut nak jadi Perdana Menteri

5. Ekonomi negara makin merosot akibat PH dan rakyat semakin sengsara

6. Etc. etc.

Jika anda sayang negara ini seperti yang anda kata, buatlah perkara yang betul dan sebaiknya.

Salam, Isham

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/496697157752480?s=1180765013&sfns=mo

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts