LIM KIT SIANG GUNAKAN GOVIND UNTUK PAKSA SKMM

1.3k
SHARES
3.4k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

15 Julai 2019

Sekarang terdedahlah kenapa DAP mahu menguasai jawatan Peguam Negara, Menteri Kewangan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Itulah tiga jawatan utama yang menjadikan DAP semakin berkuasa dan Kerajaan PH hanyalah boneka mereka.

Semalam, Lim Kit Malam (Siang) membuat kenyataan media mendesak SKMM (agensi di bawah KKMM) supaya menyiasat sumber Kewangan cybertrooper Najib.

Ternyata DAP adalah parti kuku besi. Janji kebebasan bersuara dan amalan demokrasi yang lebih subur hanyalah retorik sahaja. Ternyata DAP tidak tahan serangan rakyat melalui media sosial.

DAP lupa, sekarang mereka berhadapan dengan “cybertrooper rakyat”. Kumpulan ini lahir secara spontan tanpa dibayar. Mereka bukan Red Bean Army tajaan DAP yang memang dibayar dengan bantuan dana asing.

Cybertrooper rakyat lahir kerana kegagalan Kerajaan PH. Mereka terdiri daripada ribuan pekerja kontrak yang diberhentikan kerja. Mereka adalah ribuan mahasiswa yang tertipu dengan janji penghapusan hutang PTPTN. Mereka juga adalah peneroka FELDA yang terkesan dengan kejatuhan harga sawit.

Maka tidak perlulah SKMM menyiasat siapa yang menaja cybertroopers tersebut. UMNO dan Najib sudah tidak ada duit. Akaun mereka sudah dibekukan. Hatta aset yang dirampas sekarangpun mahu dilucut hak oleh SPRM.

PH tidak akan mampu membendung kebangkitan “cybertrooper rakyat”. Mereka adalah sukarelawan yang menyebar luas postings daripada Facebook Najib.

Justeru, Lim Kit Siang bukan sahaja bacul untuk berdebat dengan Najib, kini dia juga bacul untuk berdebat dengan cybertrooper rakyat.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts