NAZRI DAN KJ TIDAK PERLU HINA DATO’ SERI NAJIB SEBEGITU RUPA

495
SHARES
2.9k
VIEWS

Selama ini selepas BN kalah pada PRU-14, Dato’ Seri Najib banyak membantu BN untuk kembali bangkit dan menang kembali dalam beberapa siri pilihan raya kecil.

Apa pula sumbangan Nazri dan KJ selepas kita kalah PRU-14 selain selalu menghina dan memberi kritikan tidak membina kepada kepimpinan parti?

Najib tidak pernah kata beliau ingin kembali menjadi Perdana Menteri.

Mengapa Nazri dan KJ pula tiba-tiba rasa tidak selesa dengan peningkatan populariti Najib?

Untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan menang kembali pilihan raya umum akan datang, kita perlu berkerjasama dan saling menaikkan satu sama lain, bukan masih bawa budaya lama iaitu saling menjatuhkan satu sama lain.

Kita tidak perlu menjatuhkan orang lain untuk naik ke atas.

Nazri dan KJ dari awal dahulu tidak bersetuju dengan penyatuan UMNO dan PAS sebaliknya ingin membawa UMNO ke arah yang berbeza.

Nazri pernah buat roadshow untuk berjumpa ketua-ketua bahagian UMNO satu Malaysia dengan cadangan supaya UMNO bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Ini telah menjadi salah satu punca beberapa pemimpin UMNO keluar parti pada ketika itu.

KJ pula ingin buka UMNO kepada semua kaum kononnya untuk menjadi centrist (duduk di tengah).

Sebagai ahli politik, kita perlu memperjuangkan sesuatu dan perlu ada pendirian. Untuk ini kita tidak boleh duduk di tengah.

Biar rakyat menilai dan duduk di tengah, bukan kita. Sebab kita perlu semak imbang parti lawan di hujung yang bertentangan.

Kalau ahli politikpun duduk di tengah maka tiada guna jadi ahli politik kerana kita tidak ada pendirian dan hanya ikut angin bertiup seperti lalang.

Sebab itu kita telah menolak idea-idea Nazri dan KJ ini.

Dan kini tanpa bantuan mereka kita sedang menjalin kerjasama dengan PAS.

PAS memerhati gerak geri kita.

Jika kita asyik bergaduh sama sendiri dan tidak dapat menguruskan masalah dalaman rumah kita, mungkin PAS pun akan tawar hati untuk bekerjasama dengan kita.

Inikah yang Nazri dan KJ mahu supaya penyatuan ummah kita dan PAS gagal?

Jika tidak setuju pun, janganlah sabotaj sesama sendiri dan cantas usaha orang lain dalam parti.

ISHAM JALIL

Marhaen Akar Umbi UMNO

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/495548517867344?s=1180765013&sfns=mo

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts