PAKATAN LEADERS MUST FOLLOW THE LEADER, TAK FOLLOW KITA BELASAH

416
SHARES
2.2k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

Tajuk di atas adalah respond spontan Tun M, apabila Anwar menyatakan “Tun bekerja mesti ikut dasar Pakatan” (maksud tersurat ialah Tun M jangan buat sesuka hati, janji dua tahun tunaikanlah).

Itu sahaja ayat sebaris Anwar. Tidak berani cakap lebih. Tetapi respond balas Tun M kepada Anwar amat pedih, “Pemimpin Pakatan mesti ikut ketua, tak ikut kita belasah”. Tonton video dan baca di sini https://youtu.be/J5f9lkZocto

Maksudnya, “Kalau aku kata dua tahun, dua tahunlah. Kalau aku kata tiga tahun, tiga tahunlah. Kalau aku kata nak selesaikan dulu hutang negara, tunggulah sampai sepenggal atau lebih sepenggal”.

Tun M kalau belasah orang, memang terduduk. Tidak ikut rule of law. Sampai mata lebam, sampai kena penjara. Hari ini dia tidak percaya orang meliwat, esok dia percaya orang itu meliwat.

Sebab itu jangan percaya bila dia mengajak orang Melayu bersatu di bawah BERSATU (PPBM). Sebab dia sendiri memecahkan Melayu dengan menubuhkan BERSATU. Itu semua untuk memenuhi dendam politiknya.

Sekarang dia sedar, dia berkuasa kerana ehsan DAP. Dapat jawatan MB di Perak dan Johor pun kerana ehsan orang lain. Nak cari calon Ketua Kampung dan AJK MPKK pun payah.

Sekarang ini PPBM sendiri berpecah. Hanya 7 Ketua Bahagian hadir majlis sambutan Hari Raya PPBM Johor yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri.

TS Muhyiddin, MB Johor dan Osman Safian tidak hadir. Dato Mazlan Bujang Pengerusi PPBM Johor dilantik oleh Tun M. Dia belasah Muhyiddin kerana digugurkan sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Kita tunggu dan lihat, siapa pemimpin PH yang paling awal akan berkata kepada Tun M, “Sir, your time is over”.

Justeru Tun M jangan heret persengketaan beliau dengan Anwar, Anwar dengan Azmin dan sesama PPBM kepada rakyat.

Rakyat akan belasah mereka.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts