YB TAKSENONOH (TRONOH) KEBAL KE?

32
SHARES
356
VIEWS

Mohd Puad Zarkashi

11 Julai 2019

Kini Najib dan Zahid kembali ke mainstream politik negara. Siapa sangka kedua mereka akan kembali bergabung untuk berperang dengan Kerajaan PH.

Jiwa mereka kebal walaupun difitnah dengan berpuluh tuduhan.

Berpuluh tuduhan bukan lagi senjata berkesan untuk membunuh karier politik seseorang. Sebaliknya ia menjadi senjata makan tuan. Apatah lagi apabila Kerajaan PH sendiri tidak menghormati rule of law.

Terbaru apabila YB Paul Yong Choo Keong ADUN TakSenonoh (Tronoh) ditahan atas tuduhan rogol. Tetapi beliau dilepaskan atas jaminan polis. Tidak diremanpun. Orang lain, kes demonstrasipun akan ditahan untuk siasatan polis.

DS Najib pernah ditahan semalaman bila disiasat oleh SPRM.

Ahli Parlimen DAP dari Kepong Lim Yip Eng mempersoalkan tindakan polis menahan YB tersebut sedangkan dia disiasat atas kes jenayah rogol di bawah Seksyen 376. Adakah orang DAP terlalu kebal untuk disiasat?

Pemimpin DAP Pahang turut tidak direman walaupun mengugut seorang OCPD dengan ancaman tidak akan hidup aman kalau kacau PH.

Kes YB Paul Yong bukan kecil anak. Risiko besar jika tidak disiasat dengan telus. Ia membabitkan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia kerana mangsa rogol adalah rakyat Indonesia.

Nampaknya DAP ambil kesempatan di atas penyakit Tun Mahathir “Saya tidak tahu” untuk tunjuk kebal. Sampai dia pun tidak tahu Rania Zara Medina adalah transgender.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan

Send this to a friend