ISU TAPAK KUIL: ELAKKAN PREJUDIS, UTAMAKAN KEHARMONIAN RAKYAT SELANGOR

392
SHARES
2.3k
VIEWS

1. Pemuda PAS Selangor mendesak agar isu mengenai bantahan tapak pembinaan kuil di Jalan Ladang, Sabak Bernam diselesaikan dengan segera dalam keadaan yang harmoni.

2. Pemuda PAS Selangor telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai isu ini pada 5 Julai 2019 susulan penularan gambar perasmian tapak kuil ini oleh YB Ganabatirau Veraman (EXCO Kerajaan Negeri Selangor) pada 25 Jun 2019, sedangkan ia mendapat bantahan yang digerakkan oleh masyarakat setempat menerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Tapak Kuil dengan hujah dan bukti bahawa pembinaan tersebut tidak mengikut Garis Panduan Perancangan Perumahan (GPPP) dan tiada keperluan yang sewajarnya.

3. Pemuda PAS Selangor mengharapkan perbincangan dua hala antara jawatankuasa tersebut dengan Pegawai Daerah Sabak Bernam yang dirancang akan diadakan sebelum 12 Julai 2019, hari Jumaat dapat direalisasikan dan berjalan dengan baik bagi menyelesaikan isu ini.

4. Pemuda PAS Selangor yakin dan komited bahawa melalui meja perbincangan, isu ini akan berjaya diselesaikan dengan elok tanpa sebarang prejudis terhadap mereka yang berkepentingan.

5. Pihak-pihak yang terlibat mestilah berani tampil berbincang serta menghormati peraturan yang terdapat dalam garis panduan yang berkaitan pembinaan rumah ibadat dan tidak membelakanginya agar tidak mencetuskan ketegangan kalangan masyarakat tempatan dan rakyat Selangor umumnya.

Demi Islam

Bangkit: Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah

Ustaz Hanafi Zulkapli

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Selangor

6 ZuKaedah 1440H / 9 Julai 2019

Facebook : https://www.facebook.com/dppns.org/?ref=bookmarks

Twitter : https://twitter.com/DPPNSofficial?lang=en

Instagram : https://www.instagram.com/dppns_official/?hl=en

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts