DAP KUASAI PEGUAM NEGARA DAN MOF

414
SHARES
2.4k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

9 Julai 2019

Minggu lepas Lim Kit Siang berjumpa Tun Mahathir di pejabatnya. Ada yang kata, mereka bincang mengenai kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri. Kit Siang pernah ugut Mahathir, iaitu dia akan bersara terus dari politik jika Anwar tidak dapat jadi PM.

Tetapi menurut sumber, apa yang dibincang adalah sebaliknya. Sebenarnya Lim Kit Siang tidak kisah Anwar jadi PM atau tidak. DAP cuma mahu calon Peguam Negara dan jawatan Menteri Kewangan ditentukan oleh DAP.

Itu dua jawatan paling berpengaruh. Peguam Negara akan menentukan kertas siasatan SPRM lengkap atau tidak. Beliau juga akan menentukan seseorang akan didakwa atau tidak.

Bahkan dia juga berkuasa menggugurkan pertuduhan terhadap seseorang seperti kes Lim Guan Eng.

Lim Kit Siang juga mahu jawatan Menteri Kewangan kekal pada DAP. Maka banyaklah agenda mereka tercapai. Sekarang ini Guan Eng banyak menjual aset yang melibatkan kepentingan Melayu seperti aset Tabung Haji dan Khazanah Nasional.

Maka dengan dua jawatan tersebut sahaja, sudah memadai DAP menjadikan Kerajaan PH sebagai boneka mereka.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts