SIAPA HANTU JEMBALANG BERSAMA HAZIQ?

496
SHARES
2.9k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

8 Julai 2019

Tun M tidak perlu divert isu video kepada isu penyatuan Melayu masuk PPBM.

Haziq sudah mengaku. Tidak mungkin orang di sebelahnya adalah hantu. Tetapi hantu jembalang itu tidak mahu mengaku walapun Haziq mendedahkan hantu itu ialah Azmin Ali.

Masalahnya, isu ini terus panas. Terbaru rakaman CCTV di Hotel Four Season Sandakan diviralkan. Sudah pasti banyak lagi akan disiarkan.

Motifnya semata-mata untuk menghalang Azmin jadi PM. Azmin tuduh dalangnya orang dalam PKR sendiri.

Macam mana Malaysia nak move on? Azmin pun tidak boleh fokus buat kerja sampai dua orang ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional dlantik daripada negara China.

Sebab itu Azmin didesak letak jawatan atau bercuti. Selagi Azmin berdegil selagi itu cerita video berterusan.

Tetapi falsafah politik pemimpin PKR seperti yang diajar oleh Anwar Ibrahim ialah “jangan mengaku” jika terpalit dengan isu moral. Menurut Anwar rakyat akan lupa dan tuduhan itu akan lenyap begitu sahaja

Azmin belajar dengan sifunya. Sebab itu Azmin menafikannya.

Azmin berdegil kerana bimbang peluang kedua tidak akan bergolek jika dia meletak jawatan. Dia tidak sama macam Tun M atau Anwar. Untuk sampai taraf Anwar iaitu “PM in waiting” pun belum tentu kalau dia letak jawatan.

Segalanya bergantung kepada Tun M. Kalau Tun M berkeras mempertahankan Azmin dan di satu pihak mahu Azmin terpelanting, maka negara akan kucar-kacir. Rakyat tidak berdosa menerima akibatnya.

Elephant fight elephant, the grass suffer.

Sebab itu selain Azmin maka pihak Polis perlu jujur menyiasat dan mendedahkan segera hantu jembalang tersebut.

Dan hantu itu mesti letak jawatan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts