HUKUMAN MATI MANDATORI WAJIB DIKEKALKAN – PUTRA

61
SHARES
265
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PENAJA PARTI PUTRÀ

1. PUTRA menolak dan menentang dengan keras cadangan untuk MEMANSUHKAN HUKUMAN MATI MANDATORI ke atas 11 kesalahan jenayah serius termasuk pembunuhan dan kesalahan terhadap Ketua Negara Yang di-Pertuan Agung.

2. Pilihan hukuman mati mandotori diganti dengan penjara 30 tahun atau seumur hidup mengikut budi bicara Hakim, akan membuka ruang kepada beliau untuk menjatuhkan hukuman lebih ringan kerana akan timbul perasaan belas kasihan atau akan ada pelbagai cara dan usaha untuk mempengaruhi Hakim yang terlibat dengan kes-kes jenayah serius tersebut.

3. Prinsip membunuh wajib dibayar dengan hukuman mati demi keadilan mangsa dan keluarga serta menjadi satu pengajaran dan pencegahan terhadap kesalahan jenayah serius.

Pihak penjenayah serius atau yang tidak berhati perut tahu jika mereka membunuh dan didapati bersalah hanya dipenjara seumur hidup atau 30 tahun penjara, dengan menikmati makanan dan minuman serta tempat tinggal percuma. Ini juga boleh menjadi rangsangan kepada yang tidak berhati perut dan rakus.

4. Ia juga memakan belanja yang besar dari dana kerajaan dari duit cukai rakyat terutama kos makan minum, perubatan dan sebagainya.

Buat masa ini kos untuk seorang banduan dianggarkan sekitar RM41 sehari termasuk kos keselamatan. Kos-kos lain juga akan turut meningkat seperti kos penyelenggaraan dan kakitangan penjara serta pasukan keselamatan. Difahamkan setakat ini ratusan juta telah ditanggung oleh kerajaan dan kos ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa.

Buat masa ini terdapat 1281 banduan jenayah serius iaitu “on death roll in prison” di mana 300  orang daripadanya mempunyai kena mengena dengan pembunuhan dan rompakan. Berapa banyak kos yang ditanggung oleh kerajaan? Cuba bayangkan pembaziran wang rakyàt ini boleh digunakan untuk lain-lain tujuan yang lebih berfàedah saperti membantu golongan fakir miskin tegar, OKU dan pendidikan dengan menambah dana biasiswa.

5. PUTRA dapat menghidu dan mengetahui agenda golongan yang sebenarnya “golongan minoriti” yang berusaha keras dan agresif untuk menghapuskan hukuman mati mandotari ini. Mereka menggunakan alasan hak asasi manusia tetapi mereka lupa akan hak asasi mangsa dan keluarga mereka.

Kesalahan terhadap Ketua Negara iaitu Yang di-Pertuan Agung adalah PENDERHAKAN KEPADA NEGARA yang tidak boleh ada belas kasihan dan wajib menerima hukuman mati mandotari. Golongan minoriti ini boleh dikesan di mana mereka malah berada di “koridor kuasa”, mungkin berada dalam Parlimen, Kabinet, firma guaman atau badan-badan NGO tertentu.

PUTRA menggesa pihak majoriti bangkit bersuara dan bersatu tenaga menolak cadangan memansuhkan hukuman mati mandatori.

6. PUTRA mendesak kerajaan menarik balik cadangan memansuhkan mandatori hukuman mati ke atas 11 jenayah serius dan menyeru semua rakyat sama-sama menentang cadangan demi keadilan mangsa dan keluarga mangsa.

PUTRA yakin majoriti rakyat membantah cadangan memansuhkan mandotari hukuman mati dan bagi membuktikan kebenarannya PUTRA mengesyorkan diadakan pungutan suara rakyat atau referendum saperti BREXIT UK.

Ia juga mampu menyelamatkan wang rakyat dan menjadikan hukuman mati mandotari sebagai langkah pencegahan jenayah serius.

7. PUTRA JUGA MERAYU SEMOGA MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU CAMPUR TANGAN DEMI MEMASTIKAN HUKUMAN MATI MANDOTARI DIKEKALKAN.

Yang benar,

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden Penaja Parti PUTRA

4 Julai 2019

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan