JENAYAH ROGOL: PENCEGAHAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

529
SHARES
3.1k
VIEWS

Islam merupakan agama yang cukup menjaga soal nasab, keturunan serta maruah. Malah penjagaan tersebut dikategori sebagai salah satu dari 5 perkara asas darurah yang dikenali sebagai ‘ad-daruriyatul khams‘ (الضروريات الخمس). Tanpa 5 perkara penjagaannya iaitu agama, nyawa, akal, nasab keturunan termasuk maruah serta harta akan membawa kebinasaan dan kehancuran dalam kehidupan.

Mengejutkan apabila laporan akhbar Astro Awani pada 2 Julai 2019, mengenai kes rogol budak darjah 6 iaitu berusia 12 tahun ke atas budak berusia 4 tahun akibat bahana menonton video di telefon bimbit. (http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bahana-tonton-video-murid-darjah-6-ditahan-rogol-budak-4-tahun-211606?amp=1)

Dalam Islam, jenayah rogol adalah satu jenayah yang amat berat sekalipun ia tidak termasuk dalam ketegori jenayah hudud yang ditetapkan kadar hukumannya. Para ulama berselisih pandangan akan hukuman yang wajar dikenakan ke atas perogol. Ia kerana jenayah rogol merupakan jenayah yang melibatkan persetubuhan namun berlaku secara paksaan ke atas satu pihak lagi. Berbeza dengan zina yang melakukan jenayah atas kerelaan kedua-dua pihak.

Majoriti ulama berpandangan ia diqiyaskan kepada jenayah zina dari sudut hukumnya ke atas perogol, namun tidak dikenakan ke atas mangsa rogol. Jika perogol belum bernikah maka dikenakan sebatan sebanyak 100 kali namun jika sudah bernikah maka hukumannya ialah rejam.

Ada juga ulama seperti pandangan dari Mazhab Hanafi dan Maliki yang berpandangan harus hukuman takzir lebih berat iaitu hukuman bunuh berdasarkan pembuktian dan kondisi jenayah yang berlaku atas pertimbangan oleh pihak mahkamah untuk memutuskannya. Ini kerana mangsa menanggung malu dan beban hasil paksaan yang terkena ke atas dirinya. Malah hakim boleh menimbangkan hukuman pampasan menerusi takzir yang patut diterima oleh mangsa rogol bagi menampung bebanan yang dipikul.

Namun di pengamalan Mahkamah di Malaysia adalah berbeza kerana bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terhad diikat pada Akta 355 atau dikenali Akta 356. Jenayah rogol menerusi Mahkamah Sivil pada Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman bagi pesalah rogol ialah penjara minima lima tahun dan maksima 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. Dalam hal ini, hukuman ke atas perogol sahaja dan mangsa tiada peruntukan apa-apa pampasan melainkan menanggung malu.

Di sinilah, perlunya pihak kerajaan mengambil tindakan yang agresif untuk memastikan bidang kuasa Mahkamah Syariah terus dipertingkatkan bagi mengikuti seluruhnya hukum di dalam Islam. Tidak lagi hanya terhad pada bidang kuasa tertentu yang amat sempit.

Dalam kes yang berlaku seperti yang dilaporkan melibatkan kanak-kanak bawah 12 tahun, ia tidak boleh diambil ringan walaupun atas alasan bawah 18 tahun. Ini kerana mangsa rogol yang akan menghadapi tekanan minda dan kesan fizikal. Malah sudah pasti keluarga mangsa lebih terkesan berbanding keluarga pesalah. Maka keadilan perlu diberikan kepada kedua-dua pihak sewajarnya menurut perspektif Islam.

Selain itu, isu rogol di negara ini sudah kritikal. Sudah acap kali pimpinan PAS menggesa pihak kerajaan dalam menangani kes rogol dengan lebih efisien dan terbaik. Boleh rujuk kenyataan beberapa pimpinan PAS terhadap kes-kes berkaitan jenayah rogol ini sejak dahulu apabila timbulnya kes rogol yang menggemparkan khususnya seperti :

1. Kenyataan YB Dato Dr Khairuddin Aman Razali yang mewakili suara Dewan Ulama PAS Pusat. Rujuk : https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/jenayah-rogol-boleh-ditangani-dengan-hudud-dan-takzir-dewan-ulamak-pas-36891%3famp=1

2. Kenyataan Ustazah Nuridah Mohd Salleh selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia. Rujuk https://www.harakahdaily.net/index.php/berita/15-tanah-air/2475-rogol-masa-untuk-perkasa-syariah-islam

Di samping itu, Pemuda PAS Selangor juga melihat beberapa tindakan yang boleh diambil sebagai solusi kes jenayah rogol ini dengan dua aspek:

Pertama: Aspek pendidikan

1. Pihak kerajaan mesti memperkasakan silibus pengajian Islam di seluruh sekolah dan pelbagai tahap pendidikan sebagai subjek wajib, bukan selektif.

2. Para ibu bapa dan guru mesti berganding bahu memantau kelakuan anak-anak dan memastikan sukatan pelajaran agama diberikan perhatian yang lebih dan serius.

3. Mempergiatkan kempen yang sihat dalam membangunkan nilai moral dan jati diri sahsiah seperti kempen jaga pandangan dan memelihara kehormatan di seluruh peringkat sama ada agensi kerajaan, sekolah, masyarakat dan keluarga.

4. Penekanan pemakaian patuh syariah yang menutupi aurat oleh semua umat Islam serta pemakaian sopan bagi yang bukan beragama Islam. Termasuk juga pengiklanan sama ada secara maya, digital serta di papan tanda.

Kedua : Aspek Pencegahan

1. Memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah agar diberikan kuasa penuh sebagaimana peruntukan dalam syariat Islam.

2. Kementerian yang berkaitan seperti Penerangan, Komunikasi dan Multimedia untuk lebih agresif menyekat laman sesawang yang mempunyai unsur lucah dan seksi.

3. Penetapan cara pemakaian yang bersesuaian dengan etika agar tidak seksi dan menjolok mata. Bagi umat Islam dengan menutupi aurat, bagi bukan beragama Islam ialah batasan sopan.

4. Pihak berkuasa mesti menutup semua pusat maksiat sama ada yang berlesen atau tidak. Serta memantau pusat siber umum agar tidak menjadi tempat lepak remaja-remaja dengan aktiviti yang kurang sihat.

Pemuda PAS Selangor berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil langkah segera bagi memastikan kes jenayah rogol ini dapat diatasi dengan terbaik menerusi aspek pendidikan dan aspek pencegahan.

Demi Islam.

Bangkit : Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah

Ustaz Hanafi Zulkapli

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Selangor

Tarikh : 29 Syawal 1440H / 3 Julai 2019

Facebook : https://www.facebook.com/dppns.org/?ref=bookmarks
Twitter : https://twitter.com/DPPNSofficial?lang=en
Instagram : https://www.instagram.com/dppns_official/?hl=en

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts