USUL UNDI 18: PANDANGAN PEMUDA PAS SELANGOR

368
SHARES
2.2k
VIEWS

Dewan Pemuda PAS Selangor menyambut baik cadangan usul menurunkan had umur mengundi daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun, ia selaras dengan amalan PAS yang sudah lama memberi ruang penglibatan dalam politik seawal akil baligh.

Mencadangkan had umur mengundi bagi rakyat Malaysia pada umur 18 tahun adalah satu tindakan yang akan menyuburkan demokrasi dalam negara kita dan memberi signal pembentukan kematangan anak muda dalam tanggungjawab kepada negara,  tidak hanya sekadar terlibat dalam perkara hedonisme semata-mata seperti Tiktok, Whatsapp, dan sebagainya.

Namun, Dewan Pemuda PAS melihat sistem sokongan untuk memberi dan membentuk kematangan supaya pengundi berumur 18 tahun benar-benar merasa kebertanggungjawaban mereka untuk menjadi penentu hala tuju negara.

Jangan biarkan mereka berada dalam keadaan samar dalam tanggungjawab ini. Kerana ia melibatkan proses pembinaan kesedaran seawal tempoh pembelajaran di sekolah menengah.

Adakah pihak kerajaan bersedia untuk:

1. Memasukkan subjek Pendidikan Politik dalam sukatan mata pelajaran sekolah?

2. Membenarkan parti politik masuk ke premis sekolah sedangkan di universiti masih ada kekangan yang tebal.

Dalam masa yang sama, pengundi yang tidak berdaftar sebagai pemilih masih lagi ramai, ia tidak menjunjung amalan demokrasi sekiranya hanya 50% rakyat Malaysia yang terlibat dalam proses pilihan raya.

Apakah saranan Dewan Pemuda PAS Selangor?

1. Menyediakan sistem sokongan khususnya dalam sukatan mata pelajaran dan modul pengajaran politik untuk memberi kesedaran kepada pengundi berumur 18.

2. Mencadangkan agar pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan dan penguatkuasaan akta yang meletakkan kewajipan mengundi.

3. Kerajaan perlu bersedia membuka ruang kepada semua parti politik agar mampu membantu membentuk keterbukaan politik kepada rakyat.

4. Pemimpin-pemimpin politik tanah air sama ada kerajaan atau pembangkang bertanggungjawab membawa kematangan dalam berpolitik. Kematangan Politik rakyat terletak kepada kematangan berpolitik para pemimpin parti politik.

Demi Islam.

Bangkit: Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah

Hanafi Zulkapli

Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor

Facebook: https://www.facebook.com/dppns.org/?ref=bookmarks

Twitter: https://twitter.com/DPPNSofficial?lang=en

Instagram: https://www.instagram.com/dppns_official/?hl=en

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts