USUL PENGISYTIHARAN HARTA – PERBAHASAN TUAN IBRAHIM DISALAH TAFSIR SEGELINTIR MEDIA

548
SHARES
2.3k
VIEWS

Saya secara peribadi menyambut baik kenyataan Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man serta seluruh pimpinan PAS yang sehingga kini membuat kenyataan menerima baik usul pengisytiharan harta.

Kenyataan mereka ini boleh dibaca di serata media massa, bahkan Dato’ Tuan Ibrahim sendiri semalam menyatakan PAS terbuka untuk mengisytiharkan harta bahkan mengalu-alukan Parlimen membuka kaunter pengisytiharan harta untuk kemudahan Ahli-ahli Parlimen.

Sangat terkilan apabila ada wartawan media cuba mengambil kesempatan dengan tajuk berita yang kononya PAS membantah usul tersebut dan ia disambut oleh beberapa ahli politik PH yang rata-rata mereka tiada dalam Sidang Parlimen seperti Rafizi tanpa mengetahui perkara sebenar mengulas dengan pemahaman yang salah.

Malah lebih malang terdapat seorang Mufti yang admin Facebook-nya pernah terlepas memfitnah anggota AMAL membakar kereta beliau, juga turut mengulas tanpa menyemak perkara sebenar mengenai apa yang disebut oleh Timbalan Presiden PAS mengenai usul ini.

Jelas dalam hujah Tuan Ibrahim di Parlimen kelmarin, beliau tidak menolak usul tersebut secara total malah meminta sedikit masa dengan memasukkan satu peruntukan undang-undang melalui pindaan akta di bawah LHDN atau SPRM supaya ia dilihat lebih kemas dan ada penguatkuasaan.

Usul yang dibawa kelmarin jelas menunjukkan kesannya terhad dalam lingkungan Kuasa Speaker Dewan Rakyat kerana ada yang boleh memanipulasi proses.

Sebagai contoh YB Jelutong dengan sengaja telah memindahkan harta ke pihak ketiga sebelum isytihar  harta seperti dijelaskan oleh Dato Liew Vui Keong sehingga menunjukkan beliau tidak memiliki sebarang aset.

Terbaru terdapat perbezaan jumlah aset yang besar antara Timbalan Perdana Menteri dengan suami beliau Anwar Ibrahim walaupun kedua-duanya membuat pengisytiharan harta suami isteri.

Ini menunjukan Ahli Parlimen dan Menteri PH sedang bermain dengan usul ini dengan tidak mengisytiharkan harta mereka secara telus dan yang paling kita kesali hukuman hanya ditentukan oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen.

Di mana hukuman yang paling keras dikenakan adalah dengan hanya menggantung kehadiran Ahli Parlimen ke Dewan Rakyat sahaja.

Tambahan dalam hujah Dato Tuan Ibrahim di mana ada beberapa perkara yang beliau mohon diperhalusi  terlebih dahulu seperti keselamatan keluarga Ahli Parlimen jika aset mereka didedahkan kepada orang ramai.

Ini kerana wujudnya manusia yang bersikap cemburu dan dengki serta tidak dapat melihat orang yang mempunyai harta melebihi mereka dan diselitkan dengan sebuah hadis yang ada khilaf ulamak di mana tidak digalakkan memberitahu orang ramai nikmat yang Allah berikan kerana ada manusia yang sifatnya pendengki.

Diharapkan wartawan media sosial dapat membuat liputan yang lebih telus dan benar agar cara politik kotor dan hanyir seperti fitnah besar ini tidak terbawa-bawa sehingga menjadi makanan anak bangsa kita kelak.

Oleh Shehdi Hazrik Shamsudin

Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat

3 Julai 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts