PUTRA MENYELAR TINDAKAN BIADAP AHLI PARLIMEN LABIS BERHUBUNG ISU NOMBOR PLAT DIRAJA

420
SHARES
2.4k
VIEWS

Kenyataan Media Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) Peringkat JK Penyelaras PUTRA NEGERI JOHOR DT berkaitan Tindakan Biadap Ahli Parlimen DAP Labis Berhubung Isu Nombor Plat Institusi DiRaja

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

1. PUTRA memandang serius isu ini kerana melibatkan kesucian dan imej Institusi DiRaja di negara ini. Adalah tidak wajar seorang berstatus Ahli Parlimen dari DAP mempersoalkan pemasangan plat TMJ dan RZ.

2. PUTRA melihat tindakan ini amat biadap, bersifat kurang ajar dan seperti mempunyai agenda tersembunyi mungkin untuk menimbulkan kemarahan rakyat kononnya TMJ dan RZ melanggar undang-undang JPJ. Rakyat yang sempurna akalnya mampu memahami ia ditujukan pada TMJ dan YM Raja Zarith.

3. MP DAP ini secara jelas cuba mempersendakan TMJ dan RZ yang merupakan sebahagian dari Institusi DiRaja negeri Johor. Negara kita mengamalkan Raja Berperlembagaan dan Raja adalah Ketua Negeri dan berdaulat.

4. Mana-mana pihak yang tidak tahu mengenal budi di mana langit dijunjung di situ bumi dipijak boleh berambus dari Johor atau Malaysia.. Di Johor ada tertibnya, adatnya, santunnya dan ini adalah warisan budaya bangsa turun temurun

5. Berhubung kenyataan bertulis dari Kementerian Pengangkutan berhubung isu kebiadapan MP adalah jelas dan nyata bahawasanya penggunaan plat khas untuk institusi Beraja adalah dibenarkan dan sah.

6. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawasanya pihak Kementerian Pengangkutan sendiri telah sembah maklum berkenaan agenda licik yang dipengaruhi oleh tangan-tangan ghaib yang mempunyai unsur kepentingan politik.

7. Walaupun demikian, PUTRA bersetuju agar setiap soalan yang ditanya oleh DAP tidak dijawab sepenuhnya, terutamanya tujuan sebenar soalan yang dikemukakan dari MP DAP Labis. Ini bertujuan mengelak salah faham dan kekeliruan yang timbul dalam kalangan rakyat.

8 PUTRA mengingatkan Sejarah Kesultanan Melayu telah memperjelaskan bahawasanya Institusi DiRaja adalah tuan tanah yang berkongsi kemakmuran dengan rakyat melalui ikatan Persekutuan Tanah Melayu yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapapun.

9. Justeru itu, tindakan yang dirancang seperti ini sebenarnya adalah salah satu strategi licik untuk mengelirukan rakyat antara konsep liberalisme atau sama rata dan Kedaulatan Institusi DiRaja Melayu.

10. PUTRA sekali lagi ingin bertanya, kenapa tidak persoalkan nombor plat khas kereta ATM? Kenapa guna nombor plat Z, ZA, ZD ataupun ZZ untuk MINDEF? Sebab antara lain tujuannya membezakan sesuatu fungsi, organisasi dan institusi yang diwakili oleh sesuatu entiti. Lebih – lebih lagi Institusi DiRaja yang merupakan pemilik tanah berdaulat.

Begitu juga persoalan nombor plat khas seperti OIC, SUKOM, BAMBEE, PATRIOT, 1M4U dan banyak lagi. Mengapa tidak persoalkan?

11. Selaku ADT PUTRA, saya mengutuk sekeras-kerasnya taktik licik berkepentingan politik ini yang bertujuan mencemar kesucian dan imej Institusi DiRaja. Saya juga mendesak agar beliau menarik balik soalan bodoh tersebut dan dikenakan tindakan tegas tanpa sebarang kompromi.

12. Bukan dengan hanya memohon maaf kerana itu adalah salah satu taktik untuk ‘test market‘ yang telah dilakukan berulang kali. Bersikap kurang ajar kemudian meminta maaf. PUTRA tidak bersetuju dengan cara meminta maaf jika ia membabitkan agama Islam, kaum Bumiputra dan Institusi DiRaja.

Seorang pemimpin berstatus wakil rakyat, sudah semestinya tahu akan risiko kenyataan mereka. Mereka bukan lagi berstatus kanak- kanan tadika atau orang hilang akal.

Sekian terima kasih.

Arjuna Putera Bin Haji Ali

Ahli Dewan Tertinggi Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)

Setiausaha Penyelaras PUTRA Johor merangkap Ahli Dewan Tertinggi PUTRA Malaysia

2 Julai 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts