BILA LIM KIT SIANG MAHU BERSARA?

361
SHARES
2.1k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

1 Julai 2019

Lim Kit Malam (Siang) adalah pemimpin PH paling awal melatah apabila Zahid kembali bertugas. Dakwa beliau, Zahid kembali bertugas kerana untuk menjadi proksi Najib dalam UMNO.

Najib tidak perlukan proksi dalam UMNO. Platform “Bossku” sudah mencukupi kepada Najib untuk terus mendampingi ahli UMNO. Bahkan “Bossku” juga adalah platform yang memberi ruang lebih luas kepada Najib untuk mendampingi rakyat biasa, atas pagar, bukan Melayu dan anak muda.

Persoalannya sekarang ialah bila Lim Kit Malam akan bersara daripada politik? Semasa PRK di Sandakan Sabah, Lim Kit Malam mengugut dia akan bersara terus daripada politik jika Tun M tidak melantik Anwar sebagai Perdana Menteri.

Tetapi dalam temubual Tun M dengan CNBC di Bangkok selepas PRK Sandakan, Tun secara terbuka kata dia perlukan tiga tahun pula sebelum serahkan tugas kepada Anwar.

Tiga tahun? Sebelum itu janji dua tahun. Kemudian Tun tambah lagi syarat yang menggerunkan Anwar iaitu dia mahu selesaikan hutang negara terlebih dahulu sebelum berundur.

Mana mungkin hutang negara boleh diselesaikan. Sedangkan di bawah PH hutang negara bertambah daripada RM686.8 bilion pada akhir 2017 (BN) kepada RM793.4 bilion pada Jun 2019 (PH).

Itu bermakna Tun M tidak akan letak jawatan.

Kalau begitu, bila Lim Kit Malam akan umum persaraan beliau? Beliau tidak akan bersara kerana semua pemimpin PH ada DNA pembohong.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts