JANGAN USIK KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

22
SHARES
244
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA merujuk kepada tulisan artikel oleh Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, YB. Kasthuri Patto bertajuk “Let Orang Asli Practise Their Faith Freely” dalam Malaysiakini.com bertarikh 22 Jun 2019, 15:27hrs. (https://www.malaysiakini.com/news/480726).

2. Artikel Patto pada asasnya mengkritik tindakan dan hasrat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk mengIslamkan semua Orang Asli di negeri itu dalam jangka masa 30 tahun lagi.

3. Kata Patto:

“Recently, the Kelantan Islamic Religious and Malay Customs Council (Maik) reportedly said it plans to convert all 16,000 Orang Asli in Kelantan to Islam in 30 years’ time. While the position of Islam as the religion of the state is clearly mentioned in the Federal Constitution, Article 11 allows any persons to practise and profess their faiths freely. And this applies to those who believe in animism and spirits. Any attempt to influence or disallow them from practising their faith freely will be deemed as going against the very grain of the fundamental provision, which is freedom of religion and belief”

(Baru-baru ini Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Kelantan (Maik) dilaporkan berkata ia merancang untuk mengIslamkan semua 16,000 Orang Asli di Kelantan dalam masa 30 tahun. Walaupun kedudukan Islam sebagai agama negara jelas disebut dalam Perlembagaan Persekutuan, Artikel 11 membenarkan mana-mana orang untuk mempraktikkan dan menganut kepercayaan mereka dengan bebas. Dan ini terpakai bagi mereka yang percaya kepada animisme dan roh. Apa-apa percubaan untuk mempengaruhi atau melarang mereka daripada mengamalkan kepercayaan mereka secara bebas akan dianggap sebagai bertentangan dengan sebilangan besar peruntukan asas, iaitu kebebasan beragama dan kepercayaan).

4. PERKASA berasa sungguh kesal kerana Patto gagal melihat keseluruhan konteks Perlembagaan Persekutuan dalam isu kebebasan beragama, menganut dan mengamalkannya. Beliau juga gagal memahami konteks sebenar penyebaran agama Islam (dakwah) dan limitasi penyebaran agama selain Islam.

5. Perkara 11 (1) dan 11 (4) memanifestasikan bahawa Islam boleh disebarkan kepada sesiapa sahaja dalam konteks dakwah dan mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan (religion of the Federation). Penyebaran, pengembangan dan pendakyahan agama-agama selain Islam tidak dibenarkan terhadap umat Islam. Oleh yang demikian usaha untuk mendekati Orang Asli dan memperkenalkan Islam kepada mereka tidaklah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

6. Sayugia diperingatkan bahawa Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan mengurus urusan agamanya sendiri, menubuhkan dan menyelenggarakan institusi untuk tujuan keagamaan atau amal, dan memperoleh harta sendiri dan menabung dan mengurusnya sesuai dengan undang-undang. Peruntukan ini tidaklah bermaksud bahawa Orang Asli tidak boleh didakwahkan oleh orang Islam seperti yang difahami oleh Kasthuri Patto.

7. Patto juga telah terkhilaf apa beliau telah ‘misquoted’ titah Raja Abdullah II, Jordan, tulisnya: “Recently at an international conference in Singapore, Jordan’s King Abdullah II, an outspoken advocate for freedom of religion and belief, has called for joint efforts to tackle the world’s “single most” important threat – the attack on interfaith harmony, mutual respect and trust” (Baru-baru ini di sebuah persidangan antarabangsa di Singapura, Raja Abdullah II Jordan, seorang pejuang kebebasan beragama dan kepercayaan, telah meminta usaha bersama untuk menangani ancaman penting “tunggal paling penting” di dunia – serangan terhadap keharmonian antara agama, saling menghormati dan saling mempercayai). Raja Abdullah II sebenarnya menyarankan kepentingan kesepaduan dan keharmonian sosial dalam dunia yang berbilang agama, bangsa, keturunan dan kerukunan antara agama, bukannya persoalan dakwah Islam.

8. PERKASA menyarankan kepada semua ahli politik terutamanya DAP agar mempelajari semula peruntukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan Islam dalam Perlembagaan, kebebasan beragama, menganut dan mengamalkannya. Janganlah cuba bermain dengan api kerana buruk padahnya.

9. PERKASA menyokong sepenuhnya sebarang usaha pihak berkuasa agama untuk menyebarkan dakwah kepada 16,000 Orang Asli di Kelantan dan 208,000 Orang Asli di mana-mana jua di Malaysia.

Oleh Dr. Amini Amir Abdullah

Naib Presiden PERKASA merangkap

Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam (BIHALIM) dan

Ahli Dewan Tertinggi (ADT) Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan

Send this to a friend