VIDEO AZMIN: PH PERLU RASIONAL, TIDAK PERLU SALAHKAN PIHAK LAIN

94
SHARES
830
VIEWS

Azmin merupakan  seorang yang sangat teliti lagi ‘secretive‘. Meja Azmin di pejabat juga tersusun rapi. Fail-fail yang perlu disemak juga terletak kemas mengikut turutan. Pegawai-pegawai Azmin di pejabat beliau mahupun kementerian sangat tahu dengan perangai Azmin.

Tidak mudah untuk mendapatkan kepercayaan Azmin, terutama untuk mengetahui jadual pergerakan beliau. Bukan semua pegawai Azmin yang tahu perkara ini. Hanya beliau dan pegawai tertentu sahaja yang punya akses terhadap ‘diari merah’ Azmin. Ini sudah menjadi ‘rahsia terbuka’ di kalangan ‘circle‘ Azmin.

Pengawal peribadi menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan Azminpun tidak mempunyai akses terhadap ‘diari merah’ Azmin. Pengawal peribadi dan pegawai-pegawai yang lain hanya diberi sehelai kertas yang mengandungi jadual dan pergerakan rasmi Azmin secara harian.

Untuk ke pejabat Azmin sahaja sudah melalui pemeriksaan ketat di balai pengawal Kompleks ‘B’ Putrajaya, apatah lagi mahu masuk bangunan B5 yang menempatkan pejabat Azmin. Pembangkang tidak punya ‘keistimewaan’ keluar masuk dengan mudah ke pejabat Azmin. Pejabat Azmin dilihat eksklusif buat tokoh-tokoh koporat. Ahli parti sendiripun ada kasta yang boleh berjumpa menteri.

Mahu berjumpa pegawai Azmin juga sangat sukar. Ahli parti sendiripun akan melalui beberapa tapisan namun akhirnya tidak dapat berjumpa pegawai Azmin. Pemohon temu janji akan dihubungi oleh kerani pejabat lalu diminta mengutus surat menerangkan hasrat. Kemudian surat akan dipanjangkan kepada pegawai atau jabatan yang berkaitan.

Oleh itu, amat tidak adil menyalahkan UMNO, PAS dan parti-parti pembangkang dalam isu ini. Pembangkang tiada ‘keistimewaan’ keluar masuk pejabat Azmin mahupun berjumpa pegawai Azmin, apatah lagi mahu melihat ‘diari merah Azmin’. Pembangkang tidak akan tahu di mana Azmin menginap semasa lawatan beliau.

Yang akan tahu mengenai penginapan Azmin adalah pegawai yang dipercayai di pejabat beliau sendiri. Pegawai-pegawai Azmin diketahui tidak langsung mesra dengan pembangkang. Pegawai-pegawai Azmin adalah ahli-ahli atau pro PKR. Selalunya rahsia akan bocor di kalangan mereka. Ahli PKR yang tahu lebih awal akan membuat persediaan.

Maklum saja, Azmin merupakan Timbalan Presiden PKR, Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan disebut-sebut bakal Perdana Menteri. Bukan sikit orang yang nak menunggu atau tunjuk muka dengan beliau. Di kesempatan ini, selalunya ‘inner circle‘ akan mendapat ruang terbaik. Dalam kes ini, tentunya ‘inner circle‘ yang akan menyambut Azmin di lobi hotel.

Maka itu, pembangkang boleh dikeluarkan dari senarai mereka yang didakwa mahu memusnahkan kerjaya politik Azmin. Tiada faedahpun pembangkang mahu berbuat demikian kerana jika Azmin tumbang, kerajaan tetap kerajaan PH. Namun jika Azmin mengatakan ada yang mahu memusnahkan kerjaya politik beliau, wajarlah Azmin melihat rakan-rakan di sekeliling beliau.

Jika Azmin tumbang, hampir pasti orang PKR yang akan menggantikannya. Ini hasil dari pengagihan kerusi kabinet (seperti kata Perdana Menteri). Jika Azmin tumbang di dalam PKR, pasti akan ada yang bersorak gembira. Mungkin penat lelah dari pemilihan 2001 di Kemaman menjatuhkan Azmin akan berbaloi. Jika Azmin tumbang sebagai ‘bakal PM’, mungkin saingan bakal PM semakin kecil.

‘Orang itu’ akan tersenyum kerana saingan sesama parti telah rebah. Atau mungkin juga satu nama lain bakal melonjak setelah Azmin rebah. Nama ‘bakal PM’ tersebut mungkin juga dari parti lain komponen Pakatan Harapan. Mungkin juga pemimpin dari negeri bakal dibawa ke persekutuan bagi memberi peluang mereka menunjukkan prestasi sebagai ‘bakal PM’.

Tuduhan kepada UMNO, PAS dan parti-parti pembangkang dalam hal ini adalah umpama telunjuk lurus kelinking berkait. Satu jari menunjuk ke arah orang lain, 4 jari menghala ke arah diri sendiri. Buat PH, sudah-sudahlah menyapu sampah ke bawah karpet. Sampah yang disapu sudah terlalu banyak. Karpetpun dah membengkak akibat sampah terlalu banyak. Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan pelepah nyiur!

Asal PH, mesti kotor…..

Fattah Aman

Pemerhati Bebas

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan

Send this to a friend