FAKTA YANG PERLU RAKYAT KETAHUI

949
SHARES
5.5k
VIEWS

Haziq Aziz adalah Setiausaha Sulit Kanan kepada Shamsul, Timbalan Menteri Industri Utama (PKR).

Haziq adalah Ketua Pemuda PKR Santubong.

Haziq Aziz mengaku bahawa beliau adalah orang yang berada di dalam video tersebut bersama seorang Menteri Kabinet dari PKR.

Menteri Kabinet berkenaan telah mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa dia terlibat di dalam video seks tersebut.

Timbalan IGP telah mengesahkan bahawa pihak polis telah menerima satu laporan polis dan video berkenaan. Polis akan menyiasat kesahihan video seks tersebut.

Kejadian dikatakan berlaku pada 11 Mei 2019, di Hotel Four Point, Sandakan. Di bilik nombor 2526, pada jam 1 hingga 2 pagi.

Disahkan juga, menteri berkenaan telah menaiki pesawat dari Sandakan ke KLIA pada pagi 11 Mei untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Istana Negara Kuala Lumpur dengan YDP Agong pada Maghrib 11 Mei 2019 tersebut.

Biro Politik Parti PKR telah mengadakan mesyuarat dan telah mengambil keputusan untuk menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

Parti PKR juga menyerahkan kepada Timbalan Menteri, Shamsul untuk membuat sebarang keputusan, bentuk tindakan yang perlu dikenakan kepada Haziq.

RULE OF LAW:

Mengikut sistem perundangan di dalam negara Malaysia:

Perhubungan Sejenis (Seks) adalah salah di sisi Undang-Undang Sivil mahupun di sisi Kanun Jenayah Syariah di Negeri-Negeri.

Kesalahan ini membabitkan hubungan sejenis (seks) suka sama suka atau kerana paksaan.

Kes Haziq Aziz ini bertambah berat kerana Haziq sudah mengaku terlibat di dalam video berkenaan dan mengaku siapa pasangannya di dalam video tersebut.

Dalam satu tulisan artikel yang cuba mempertahankan menteri berkenaan bahawa video tersebut adalah video super impose, pasangan di dalam video tersebut adalah “A gay Filipino” bernama Carlos Reveira dengan Richard Tarson Duken.

Kononnya video tersebut dirakam di Cubao City, Metro Manila. Di dalam sebuah filem bertajuk, Bakla A’koy Makendik Ikaw Parin.

Kenyataan ini dibuat oleh Datin R. Usman (Research Intelligence Unit, RF8 National).

Malangnya, artikel ini tidak boleh dipakai akan kesahihannya kerana pelakon di dalam video tersebut telah mengaku bahawa dia (Haziq Aziz), adalah pelaku perhubungan seks sama jenis (homosexual) tersebut.

KESIMPULANNYA:

Kita tunggu hasil siasatan daripada pasukan Polis DiRaja Malaysia.

Kita tunggu Pejabat Agama Islam Sabah, mengambil tindakan dan menyiasat salah laku oleh seorang yang beragama Islam. Kejadian berlaku di Sandakan, Sabah.

DAMAGE DONE.

REPUTATION GONE.

KREDIBILITI HANCUS.

KABINET MALU.

Dengan ikhlas,

MENCARI KESAHIHAN (MK)

13 June 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts