PEGUAM NEGARA BERKOMPLOT DENGAN KUIL MENYINGKIR PEGUAM SYAZLIN

16.7k
SHARES
16.6k
VIEWS

Oleh Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

1) Selepas mendengar kenyataan media yang dibuat oleh peguam Syazlin tengahari tadi, terdapat beberapa isu yang menjadi persoalan netizen telah diperjelaskan oleh beliau dengan berani.

2. Beliau mengesahkan bahawa Peguam Negara pada mulanya tiada bantahan terhadap pelantikan beliau atas anggapan bahawa beliau peguam “pro-PH” memandangkan suami beliau adalah SU Akhbar kepada Menteri PH.

3. Jadi beliau tidak dilihat sebagai ancaman oleh AGC atas kedudukan tersebut.

4. Apabila saksi pakar HKL dipanggil dan mula menyatakan bahawa kecederaan Adib besar kemungkinan akibat kemalangan maka keterangan ini mula meresahkan kita dan menggembirakan pihak kuil.

5. Sebaik saja keterangan itu diberikan, Peguam Negara mengarahkan satu AFIDAVIT dikeluarkan untuk satu kes rayuan kuil di Mahkamah Rayuan bagi menyatakan bahawa Adib mati akibat kemalangan dan bukan dipukul.

6. AFIDAVIT berkenaan telah menyebabkan pihak kuil menarik balik rayuan mereka.

7. Peguam Negara sebenarnya telah melakukan tindakan menghina Mahkamah apabila beliau yang tiada pengalaman mengendalikan prosiding Inkues telah membuat keputusan awal sebelum selesai prosiding Inkues.

8. Rentetan itu, Peguam Syazlin memanggil Dr Shahrom, seorang Pakar Forensik yang lebih hebat credential-nya (kelayakan) dari Pakar Forensik HKL yang memberi keterangan bahawa beliau percaya kecederaan Adib adalah akibat dibelasah.

9. Kemudian Doktor HKL berkenaan membuat laporan polis menyatakan beliau telah diugut untuk memberi kenyataan palsu di Mahkamah koroner.

10. Ini selanjutnya mencabar kredibiliti keterangannya sendiri (bahawa Adib dilanggar) dan meninggalkan hanya keterangan Dr Shahrom sahaja yang berkredibel iaitu Adib telah dibelasah.

11. Di sinilah kemuncak kemarahan Peguam Negara terhadap Peguam Syazlin yang asalnya dianggap aset tetapi kini telah menjadi liabiliti kepada Jabatan Peguam Negara yang diarahkan oleh AG untuk membuktikan Adib “mati katak” begitu saja kerana kemalangan.

12. Inilah punca sebenar mengapa AG mengarahkan Peguam Syazlin menarik diri atas 4 alasan paling bodoh yang boleh difikirkan oleh seorang AG yang hanya pandai menari dan mabuk.

13. Kita sama-sama bersoladiriti bersama Peguam Syazlin yang kembali bertindak mewakili keluarga Allahyarham Adib bagi memburu penjenayah yang membunuhnya.

Adib mati dibelasah pengganas yang mempertahankan kuil.

Ini fakta yang cuba disembunyikan pihak yang sedang berkuasa sekarang.

(Beliau juga dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan