ZURAIDA AKHIRNYA MENGAKU SYAZLIN ADALAH ISTERI KEPADA SETIAUSAHA AKHBAR BELIAU

871
SHARES
4.1k
VIEWS

Akhirnya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin mengaku Syazlin Mansor adalah isteri kepada Ahmad Sofian, Setiausaha Akhbar beliau.

Kita mahu bertanya kepada Zuraida, kenapa beliau pilih isteri Setiausaha Akhbarnya sebagai Peguam KPKT?

Adakah ini bukan kronisme?

Boleh Zuraida jelaskan berapakah jumlah yang telah dibayar kepada Syazlin untuk bertindak sebagai Peguam KPKT?

Malah akan ada banyak lagi persoalan  yang akan terbongkar apabila kes Menteri Waytha Moorthy yang menyaman saya mula dibicarakan di mahkamah. Tungguuu!

Agak-agak Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Latheefa Beebi Koya siasat atau tidak penyalahgunaan kuasa Zuraida yang merupakan kem Azmin dan berkiblatkan Mahathir?

Jangan haraplah, yang pasti, seminggu dua lagi, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula yang akan didakwa.

Nampaknya selalulah Anwar bertembung dengan Datuk Seri Najib di mahkamah nanti.

Cuma adakah kali ini Anwar akan dibenarkan untuk diikat jamin atau tidak, itu sama-sama kita nantikan.

Oleh Datuk Lokman Noor Adam

Rujuk berita;

“Setiausaha Akhbar Zuraida letak jawatan”

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/setiausaha-akhbar-zuraida-letak-jawatan-1.914834#.XP31d1SXI64.whatsapp

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts