SAIFUDDIN ABDULLAH JANGAN TERLALU ANGKUH – WIRANITA PUTRA

415
SHARES
2.3k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA WIRANITA PUTRA

Wiranita Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) kesal dengan sikap angkuh dan tidak matang yang ditunjukkan oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah terhadap teguran yang dibuat oleh Prof. Rafidah Hanim mengenai isu LGBT di laman Twitter-nya.

Wiranita PUTRA berpendapat sebagai seorang menteri, Saifuddin Abdullah sepatutnya menerima teguran Prof. Rafidah dengan bersikap terbuka dan berlapang dada. Teguran yang dibuat oleh Prof. Rafidah itu jelas ada asasnya kerana ‘tweet‘ yang dibuat oleh individu bernama Numan Afifi itu jelas menyokong aktiviti LGBT yang diharamkan oleh Islam.

Malah, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat kenyataan bahawa LGBT tidak diterima di negara ini.

Prof. Rafidah cuma menegur tindakan Saifuddin Abdullah yang mana dilihat seolah-olah menyokong apa yang di-tweet oleh Numan Afifi.

Adakah Saifuddin Abdullah tidak merasakan bahawa apa yang di-tweet oleh Numan itu menyinggung perasaan umat Islam?

Adakah Saifuddin Abdullah mahu mempromosikan LGBT dan Islam liberal?

Teguran Prof. Rafidah itu jelas dibuat atas kesedaran beliau sebagai seorang ibu yang bimbang aktiviti LGBT akan mempengaruhi anak muda.

Adakah Saifuddin Abdullah tidak bimbang jika anak-anak beliau terpengaruh dan mengamalkan gaya hidup LGBT?

Wiranita PUTRA mendesak agar Saifuddin Abdullah segera membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Prof. Rafidah.

Wiranita PUTRA juga menasihatkan Saifuddin Abdullah agar bersikap matang dan menerima teguran dengan berlapang dada.

BERJUANG. BERKHIDMAT. BERKORBAN

Intan Rahmah Ali

Ketua Wiranita PUTRA

10hb Jun 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts