TRAGEDI 12 ORANG ASLI MENINGGAL DUNIA AKIBAT MINUM AIR TERCEMAR

16
SHARES
181
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI PUTRA

1. Tragedi 12 Orang Asli meninggal dunia akibat minum air tercemar AMAT SERIUS dan mesti diklasifikasi sebagai isu nasional.

2. Dakwaan masyarakat Orang Asli ialah kerana air menjadi kotor dan keracunan akibat daripada aktiviti pembalakan.

3. Manakala kerajaan Kelantan pula dengan cepat tanpa siasatan telah menafikan bahawa ia mempunyai kena mengena dengan keracunan kerana pembalakan.

4.TRAGEDI INI AMAT SERIUS. Kerajaan Negeri Kelantan, Jabatan Perhutanan, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHOA) dan agensi-agensi kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan, semuanya secara langsung atau tidak langsung, bertanggungjawab atas tragedi yang berlaku ini.

Tiada mana-mana pihak yang boleh lepas tangan dalam peristiwa ini.

5. Laporan bedah siasat oleh doktor pakar terhadap 12 Orang Asli yang terbunuh ini wajib didedahkan kepada umum secara telus. Laporan bedah siasat pasti boleh membantu menentukan adakah kematian berpunca akibat keracunan sebagaimana dakwaan masyarakat Orang Asli.

6. PUTRA PERKASA mendesak JAWATANKUASA KHAS YANG BEBAS SEGERA DITUBUHKAN DALAM MASA 2 HARI UNTUK MENYIASAT DENGAN TELUS PUNCA KEJADIAN INI.

JAWATANKUASA BEBAS INI MESTI TERDIRI DARIPADA DOKTOR PAKAR, PIHAK KESELAMATAN, PAKAR PERUNDANGAN DAN TOKOH BERWIBAWA TERMASUK WAKIL NGO DAN WAKIL MASYARAKAT ORANG ASLI.

JAWATANKUASA INI HENDAKLAH TUBUHKAN OLEH MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN).

7. Ini adalah tindakan segera sebagai langkah pertama dan ianya bermula dengan penubuhan JAWATANKUASA BEBAS ini dan dinilai hasilnya bagi menentukan tindakan selanjutnya demi keadilan mangsa dan menjamin keselamatan masyarakat Orang Asli.

Kaum Orang Asli ADALAH BUMIPUTERA asal negara Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai TANAH MELAYU, tidak wajar menerima layanan yang tidak sepatutnya.

Parti Bumiputra Perkasa Negara (PUTRA) adalah sedarah sedaging dengan masyarakat Orang Asli yang merupakan kaum Bumiputera di negara ini.

Putra Perkasa Negara.

Dato Paduka Dr. Ibrahim Ali

Presiden Parti Bumiputra Perkasa (PUTRA)

8 Jun 2019

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan

Send this to a friend