ADAKAH SHUKRI SENDIRI KURANG YAKIN LATHEEFA KOYA MENJADI PENGGANTINYA?

368
SHARES
2.2k
VIEWS

Berikut merupakan petikan daripada berita Astro Awani bertarikh 8 Jun 2019 yang bertajuk “Berhenti melalak dan “membawang”, PM sudah buat keputusan – Shukri“.

Berita tersebut adalah komen Datuk Seri Shukri Abdull, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengenai pelantikan Latheefa Beebi Koya, seorang peguam yang juga merupakan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty serta bekas ahli PKR.

Kontroversi timbul apabila Shukri dilihat meletakkan jawatan awal sebelum tamatnya kontrak beliau pada Mei 2020 dan digantikan oleh seorang yang tidak berpengalaman untuk menerajui suruhanjaya tersebut.

Berikut antara komen Shukri;

“Berikan sokongan dan biarkan dia membuat kerjanya.”

“Biar dia buat yang terbaik dan kemungkinan dengan tugas dia sebelum ini sebagai peguam, dia boleh bawa idea-idea korporat dan diganding dengan inisiatif kerajaan.”

“KP baharu walaupun tidak ada pengalaman dalam kerja SPRM tetapi pegawai yang akan buat kerja, dan pegawai-pegawai ini memang ini terlatih.”

“So benda ini akan berjalan lancar.”

“Jangan takut ditekan, jangan takut tekanan, jangan takut dibuang (kerja) sekalipun tetapi jangan tunduk kepada desakan.”

“Kena ada ciri-ciri ini dan saya percaya beliau akan menjadi pemimpin yang baik.”

“Tunggu. Tengoklah lepas ini. Bagi peluang kepada dia.” – bagi mengulas soalan mengenai soal sama ada Latheefa bersifat ‘independent’ atau berkecuali.

“Saya beri Tun (Dr Mahathir) dua bulan untuk cari pengganti saya supaya proses (mencari pengganti) berjalan lancar.”

Shukri turut mendedahkan beliau mencadangkan dua nama pegawai kanan SPRM sebagai penggantinya, dalam surat bertarikh 6 Mac kepada Tun Mahathir.

Menurut Shukri, beliau juga hanya mengetahui mengenai pelantikan Latheefa ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 4 Jun lepas.

Ditanya bagaimana dengan penyatuan dalaman SPRM dengan lantikan Latheefa yang merupakan orang luar, Mohd Shukri berkata beliau hanya boleh berdoa supaya pegawai terus bersatu padu untuk melaksanakan amanah mencegah rasuah dan salah guna kuasa demi negara dan rakyat.

“Sudah-sudahlah yang dahulu, ke depan ini bekerjasamalah kerana kita bekerja bukan untuk setakat SPRM tetapi untuk negara dan rakyat.”

“Lupakan soal peribadi (isu), melihat dan bergerak ke hadapan.”

Jika dilihat kenyataan Shukri, boleh disimpulkan bahawa:

1) Beliau memberi saranan agar tidak perlu membuang masa mengkritik ataupun ber-‘gossip’ mengenai pelantikan ini kerana Perdana Menteri sendiri telah melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu – di mana Shukri tidak memberi penekanan terhadap kualiti yang ada pada Latheefa yang membuatkannya layak menjadi Ketua Pesuruhjaya, sebaliknya hanya berharap masyarakat tidak membuang masa ‘membawang’ kerana telah dilantik oleh Perdana Menteri

2) Seolah-olah beliau sendiri kurang yakin dengan pelantikan Latheefa Koya kerana mengatakan “hanya boleh berdoa agar para pegawai dapat bersatu padu” – kemungkinan wujudnya kem menyokong/bersetuju dan kem tidak menyokong/bersetuju dengan pelantikan tersebut

3) Beliau menginginkan pegawai kanan SPRM bagi menggantikannya, turut mencadangkan dua nama kepada Perdana Menteri – Perdana Menteri tidak mengendahkannya

4) Terdapat masalah dalam SPRM di mana ada dalam kalangan pegawai di bawahnya tidak bekerjasama – dengan membuat kenyataan “sudah-sudahlah yang dahulu, ke depan ini bekerjasamalah…”

5) Wujudnya masalah dalam kalangan pegawai SPRM yang mengutamakan soal peribadi berbanding tugas-tugas hakiki

6) Hanya mengetahui lantikan Latheefa Koya ketika mengadap YDP Agong pada 4 Jun lepas

7) Tiada masalah jika Ketua Pesuruhjaya tidak berpengalaman kerana para pegawai SPRM yang terlatih dan berpengalaman akan membuat kerja, sebaliknya tugas Ketua Pesuruhjaya adalah sebagai penggerak utama – walaupun hakikatnya pengalaman itu sangat penting dalam sebuah suruhanjaya yang penting seperti SPRM

8) Shukri tidak pasti Latheefa boleh bersikap ‘independent‘ atau tidak memihak dan memberi saranan agar sama-sama tunggu dan lihat

9) Shukri memberi nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya yang baru agar jangan tunduk kepada desakan – mungkin sesuatu yang beliau sendiri gagal lakukan apabila dilihat terpaksa melepaskan jawatan lebih awal dari yang sepatutnya

Rujukan berita: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/berhenti-melalak-dan-membawang-pm-sudah-buat-keputusan-shukri-209559

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts