PELANTIKAN LATHEEFA KOYA SEBAGAI PESURUHJAYA SPRM MENGUNDANG PELBAGAI REAKSI

420
SHARES
2.3k
VIEWS

Pelantikan Latheefa Koya sebagai Pesuruhjaya SPRM baru 7 hari tetapi mengundang pelbagai reaksi bukan sahaja dari pihak blok pembangkang tetapi juga dari pemimpin-pemimpin parti pemerintah PH yang kurang setuju dengan pelantikan Dr. Mahathir ini.

Dr. Mahathir menggunakan kuasa unilateral (bersendirian), tanpa merujuk kepada Kabinet, President’s Council atau Parlimen.

Dr. Mahathir sekali lagi membuktikan beliau mempunyai kuasa sebagai Perdana Menteri melantik sesiapa sahaja yang beliau fikirkan layak untuk menjawat jawatan yang penting seperti KP SPRM.

Dr. Mahathir membuktikan, beliau tidak peduli kepada gabungan parti-parti Pakatan yang lain, dalam pelantikan ini.

Dr. Mahathir membuktikan juga, beliau tidak peduli kepada Manifesto Pakatan Harapan yang menggariskan sebarang pelantikan penting seperti KP SPRM perlu dirujuk dulu kepada Parlimentary Select Committee.

Pemimpin-pemimpin Pakatan terdiam membisu dengan perlantikan Latheefa Koya ini.

Syed Saddiq sebelum PRU ke-14, berkata, sekiranya PH menang, tiada lagi kuasa mutlak Perdana Menteri, untuk melantik sesiapa ke jawatan yang penting seperti KP SPRM.

Syed Saddiq kata, Perdana Menteri terdahulu seperti Najib Razak terlalu berkuasa. Tiada check and balance.

Syed Saddiq kata, pelantikan seperti ini seharusnya dikembalikan kuasa (lantikan) kepada rakyat. Bukannya kepada Perdana Menteri.

Sekiranya Syed Saddiq seorang Menteri yang mempunyai principle yang ulung, Syed Saddiq perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Pelantikan Latheefa Koya bukan sahaja bercanggah dengan manifesto Pakatan tetapi bercanggah dengan reform (pembaharuan) yang ingin dibawa oleh Pakatan Harapan, iaitu satu kerajaan yang transparent dan telus.

Yang paling penting, pelantikan Latheefa Koya mencemar kepercayaan rakyat (affected public trust) dan mencemar persepsi rakyat bahawa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia adalah merupakan satu badan yang independent dan bebas.

Pelantikan Latheefa Koya akhirnya menyebabkan Gabungan Pakatan Harapan Koyak.

Salam 4 Syawal 1440.

DSBA

8 Jun 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts