MCW TERKEJUT DENGAN PELANTIKAN KETUA PESURUHJAYA SPRM YANG BAHARU

420
SHARES
2.2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA

Oleh Jais Abdul Karim

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW)

4 Jun 2019

1. Pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang baharu berkuatkuasa 1 Jun lalu, amat mengejutkan.

2. Mengikut Akta SPRM 2009, KP SPRM yang dilantik mestilah terdiri dari penjawat awam.

3. Malah, pelantikan ke jawatan itu mestilah dalam kalangan penjawat awam yang profesional, berwibawa, berpengalaman dan bersesuaian selain berintegriti tinggi serta bebas dari sebarang penglibatan politik.

4. Adakah Latheefa Koya termasuk dalam kategori mengikut akta dan sistem ini?

5. Komitmen dan janji Pakatan Harapan untuk tidak melantik ahli politik memegang sebarang jawatan dalam badan berkanun adalah amat disanjung.

6. Malah, kerajaan sentiasa memegang kepada prinsip tidak mencampuri sistem pentadbiran awam.

7. Justeru, kenapa kini melantik ahli politik yang aktif dalam perkhidmatan awam? Kenapa janji ini dimungkiri?

8. Terdapat ramai pegawai kanan SPRM yang lebih dari layak untuk memegang jawatan tersebut.

9. Pelantikan jawatan sepenting itu dalam kalangan pegawai kanan SPRM atau setidak-tidaknya dalam kalangan Hakim Mahkamah Persekutuan yang berwibawa adalah lebih praktikal.

10. Ia demi memastikan SPRM sentiasa bebas dan profesional serta dipamerkan bebas daripada sebarang pengaruh luar terutamanya parti politik.

11. Latheefa dilihat boleh membantu SPRM tetapi bukan sebagai Ketua Pesuruhjaya tetapi sebagai pengerusi salah satu jawatankuasa yang sedia ada.

12. Ini khususnya melibatkan keanggotaan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah atau Jawatankuasa Aduan sebagai badan kawal selia integriti ke atas SPRM.

13. Masih lagi belum terlewat untuk kerajaan membuat perubahan.

14. Dunia kini melihat Malaysia sebagai model memerangi rasuah kepada sebuah negara yang berwawasan membersihkan negara dari ancaman gejala itu.

15. Namun, perkara seperti itu boleh menyebabkan imej negara di mata dunia makin tergugat.

16. MCW khuatir kedudukan negara dalam pelbagai indeks akan merosot kerana ketidakpatuhan kepada pelbagai konvensyen antarabangsa terutamanya UNCAC.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts