MENYOKONG TITAH ‘MURKA’ DYMM TUANKU SULTAN JOHOR MENEGUR PENGANJURAN IBADAH BERBUKA PUASA DI KUIL GURDWARA SAHIB

86
SHARES
276
VIEWS

KENYATAAN MEDIA NAIB PRESIDEN PENAJA PARTI PUTRA

1. Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menyembah maklum dan menyokong penuh akan titah ‘murka’ DYMM Sultan Ibrahim ibn Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertua Johor Darul Takzim kepada Ahli Parlimen Johor Bharu yang telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di salah sebuah Kuil Sikh Johor Bharu baru- baru ini.

2. Sesungguhnya teguran ‘murka’ Baginda Tuanku adalah antara menifestasi dan bertepatan dengan tanggungjawab Baginda Sultan mempertahankan kesucian agama Islam seperti terkandung dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Baginda Tuanku adalah Ketua Agama Islam Negeri Johor Darul Takzim.

3. Titah ‘MURKA’ ini bukan bermaksud agama Islam melarang penganutnya mendekati penganut non muslim. Jauh sekali ‘memusuhinya’.

4. Malah Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi pegangan Ahli Sunnah Waljamaah sangat-sangat mengajar untuk umatnya bertoleransi, berihsan, berkasih sayang dan berdamaian dengan non muslim.

5. Cuma bila timbul isu yang boleh menimbulkan fitnah terhadap agama Islam khususnya dalam persoalan ibadah khususiah, maka Islam diajar untuk bertegas dalam menongkah hak hukum halal dan haram.

6. Walaupun YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberi pendapat yang tiada kesalahan berbuka puasa di kuil, bukan bermakna pendapat ini bersifat benar apatah lagi pendapat beliau berdasarkan politik kepartian PH.

7. PUTRA amat meyakini Baginda Tuanku Sultan tidak bertitah ‘murka’ kecuali mendapat nasihat pakar agama termasuk Mufti tanpa ada kepentingan kecuali menjaga kesucian Islam dan ummah.

8. Walaupun ada perbezaan pendapat di kalangan ulama berhubung penglibatan amalan agama di gereja/kuil/biara bukan islam, tetapi PUTRA berpegang pada hukum haram atas illah di gereja/kuil terdapatnya tuhan-tuhan (patung) ciptaan manusia. Hujah ini menjadi pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah.

Antaranya pandangan Imam Syihabbuddin Ar Ramli dan Imam Ibnu Hajar Al Hataimi seperti terkandung dalam kitab ‘Nihayatul Muhtaj dan Tuhfatul Muhtaj.

9. Begitu juga hujah/ibrah apabila Saidina Umar Al Khatab dalam perjanjian dengan kafir dzimmi tidak melaksanakan ibadah di dalam gereja-gereja milik kafir dzimmi yang dibimbangi menjadi fitnah terhadap Islam.

10. Pernah dikisahkan Saidina Umar telah diajak oleh paderi gereja di Juruselam untuk sembahyang di gereja lalu ditolak olehnya dengan berhujah aku bimbang ibadah aku nanti akan menimbulkan fitnah dan nanti umat-umat terkemudian akan turut menjejaki aku.

11. Kesimpulannya PUTRA amat menyokong penuh titah ‘murka’ Tuanku yang bukan sahaja kepada MP Johor Bharu, harapnya menjadi pengajaran kepada pimpinan yang lain khususnya “bakal Perdana Menteri ke 8” yang dilihat banyak mengamalkan tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

12. PUTRA juga menasihati semua pihak yang ingin mencari publisiti atau meraih sokongan politik melalui program-program agama Islam khususnya bagi ahli-ahli politik agar mendapat khidmat nasihat terlebih dahulu dengan pejabat Mufti atau Majlis Agama Islam Negeri/WP sebelum menganjurkan apa jua kegiatan yang membabitkan agama Islam bagi mengelak timbulnya masalah yang tidak diingini.

Hassan Basri Bin Muhammad

Naib Presiden PUTRA merangkap

Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan

Send this to a friend