PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI PRESIDEN PUTRA PERKASA MALAYSIA

35
SHARES
314
VIEWS

Bagi pihak seluruh warga pimpinan Parti PUTRA dan NGO PERKASA serta diri saya, dengan rasa penuh hormat, rendah diri dan penuh istiqamah MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia amnya dengan lafaz MAAF ZAHIR BATIN, MINAL ‘AIDIN WAL FAIZIN.

Sebulan berpuasa dan Syawal adalah hari bagi kita umat Islam bergembira dan bersyukur kerana berjaya menunaikan salah satu rukun iman yang wajib bagi Allah SWT. Semoga ibadat puasa kita diterima oleh Allah SWT dengan penuh berkat dan nikmat.

Kita semua sedia maklum bahawa muntakhir ini berbagai ancaman penghinaan telah berlaku terhadap agama suci Islam, bangsa kita umat Melayu Islam dan Raja-Raja Melayu yang merupakan tonggak negara Malaysia.

Ancaman ini berterusan melalui berbagai cara dan perbuatan.

Lebih 10 tahun PERKASA berusaha sebagai sebuah NGO untuk menongkah malapetaka ini dengan berbagai tindakan dan desakan serta bersuara lantang. PERKASA tidak peduli apa saja tohmahan rasis ekstremis dan berbagai label namun terus istiqamah dengan perjuangan demi Islam, bangsa, Raja dan negara.

Kini langkah seterusnya perjuangan terarah pula melalui parti politik PUTRA yang tidak akan bersifat opologetik tetapi tegas-setegasnya memperjuangkan dan mempertahankan segala hak Bumiputera yang terkandung dalam asas Perlembagaan negara tanpa rasa rendah diri, jauh sekali menjual maruah bangsa kerana undi semata-mata.

Hukum tetap hukum, halal tetap halal, haram tetap haram, hak tetap hak dan kepimpinan yang bersih serta benar-benar berintegriti dan jauh sekali bersifat hipokrit serta munafik, In sha Allah pasti akan membawa UMMAH BERSATU PADU kerana “Guru kencing berdiri maka murid pasti kencing berlari”.

Perpecahan bukan kerana banyak parti tetapi kerana pemimpin cakap lain buat lain.

Semoga musibah yang dialami dan dilalui oleh umat Islam kini diharap memberi pengajaran kepada kita semua supaya Allah SWT memberi petunjuk ke jalan yang diredhainya, In sha Allah.

PUTRA akan bangkit berjuang sebagai parti politik Bumiputra yang boleh diharap;

AGAR JANGAN BUMI DIPIJAK ORANG KERANA MALAYSIA ADALAH TANAH MELAYU DAN JANGAN MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI.

PUTRA ADALAH PAYUNG SEBELUM HUJAN UNTUK KAUM BUMIPUTERA DAN IBARAT TAMING SARI BAGI PERJUANGAN MENJAGA KEMULIAAN ISLAM.

PERKASA akan tetap kekal sebagai NGO yang akan terus menggalas perjuangan sebagaimana dulu, kini dan selamanya seperti matlamat yang termaktub dalam Perlembagaan PERKASA. In sha Allah proses peralihan kepimpinan akan dibuat secara teratur pada penghujung tahun ini semasa Persidangan Tahunan.

Sekali lagi disusuli dengan LAFAZ MAAF ZAHIR BATIN DARI PUTRA PERKASA.

Salam perjuangan Islam dan bangsa.

PUTRA Perkasa Negara

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden Penaja Parti PUTRA dan

Presiden PERKASA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan

Send this to a friend