MALAYSIA TIDAK MAHU BADUT SELAKU MENTERI PERTAHANAN DAN JADI ANCAMAN KERANA DEDAH KESELAMATAN NEGARA!

4.5k
SHARES
13.7k
VIEWS

Dalam keratan video 2 minit yang tular di media sosial, YB Mohamed Sabu selaku Menteri Pertahanan Malaysia telah menzahirkan 9 kesilapan dan lawak bodoh dalam ucapan berbahasa Inggeris beliau, malah lebih dari itu jika hendak diperincikan, yang disampaikannya di persidangan Asia-Pacific Security Dynamics Complicated By United States and China Rivalry baru-baru ini di Singapura pada Sabtu 1 Jun 2019.

Rujuk: https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/06/01/mat-sabu-asia-pacific-security-dynamics-complicated-by-us-china-rivalry/

Lebih memalukan ucapan bahasa Inggeris beliau sama standard seperti budak sekolah rendah, dan tidak dinafikan ucapan pemidato pelajar sekolah rendah dalam bahasa Inggeris jauh lebih baik dan lebih lancar daripada beliau.

Intipati ucapan Mat Sabu yang menjadi bahan ditertawakan dunia yang terdapat dalam 2 minit keratan video yang tular antaranya beliau menyebut:

1. “So, we have to fight with them (kuasa-kuasa besar) in a soft way and hard way“. Sepatutnya lebih sopan jika beliau berkata; “This outlook occurs due to multipolar power structure manifested by the new US administration and China’s robust economic and security policy objectives for this region.”

2. Dalam ucapan tersebut, beliau juga memalukan PM New Zealand apabila berkata; “We appreciate HIM..” PM New Zealand, Jacinda Adern adalah seorang perempuan.

3. Tindakan beliau apabila berkata; “The world leader should be behave….” seolah-olah menggambarkan “perilaku” pemimpin dunia atau yang hadir di persidangan dilihat seperti tidak senonoh, dan patut mencontohi PM New Zealand.

4. Selain itu reaksi (body langsung) yang beliau lakukan ketika memuji tindakan Jacinda Adern dalam menangani isu tragedi di Christchurch juga menunjuk perlakuan seperti kebudak-budakan apabila semasa beliau sedang berucap, beliau menunjuk isyarat “tabik tangan” ketika menyampaikan ucapan penting di persidangan antarabangsa. Ini menunjukkan Mat Sabu tidak memiliki karisma penampilan diri yang kuat tetapi lebih dilihat seperti seorang badut.

5. Kejahilan YB Mat Sabu lebih terserlah apabila beliau memberi hujah dangkal dengan membuat andaian bahawa terrorism itu adalah sifat buruk yang diwarisi dari turun temurun. Lalu bagi membuktikan kenyataan beliau, beliau mencadangkan satu kaedah yang agak primitif bagaimana solusi menangani keganasan, iaitu dengan mencari siapa ibu bapa para teroris, kemudiannya dari situ akan terdedahlah siapa mereka dan kenapa jadi terroris. Bagi Mohamed Sabu kaedah ini dapat mengurangkan aktiviti keganasan?

6. YB Mat Sabu juga dilihat dungu apabila gagal dalam subject Geografi apabila beliau mengatakan China bersempadan dengan Malaysia.

7. Dan beliau merapu apabila isu penculikan di Filipina dikaitkan dengan negara Thailand, padahal penculikan banyak berlaku di Filipina yang jaraknya dengan Thailand amat jauh dan bukannya bersebelahan seperti Indonesia.

8. Dan paling berbahaya ialah apabila beliau sengaja mengisytihar kepada seluruh dunia betapa Angkatan Tentera Malaysia tidak mampu dan lemah dalam mempertahankan kedaulatan sempadannya dengan memberi hujah; kapal pesisir pantai China (China Coast Guard) jauh lebih besar dari kapal perang angkatan laut Malaysia, bagaimana mampu mengejar mereka. Kenyataan ini amat merbahaya dan menjadikan negara di bawah ancaman berbagai musuh.

9. Dan beliau menyerlahkan kebodohan sendiri apabila menjadikan kata perumpamaan “when elephant fight the grass will suffer” yang kononnya membawa maksud apabila gajah sama gajah berlawan, rumput mati di tengah-tengah”, sambil tiba-tiba menisbahkan ucapan itu beliau ambil dari kata-kata PM Singapura.

Inilah risiko yang terpaksa Malaysia  hadapi apabila penilaian kredibiliti seseorang itu diabaikan dalam memikul tanggungjawab besar sebagai seorang “menteri” tambah lagi mewakili negara sebagai MENTERI PERTAHANAN.

Kerajaan tidak sepatutnya cuai dalam menilai dan meletakkan mereka yang hendak menggantikan tokoh-tokoh wibawa yang dahulunya naik melalui protokol ketat namun tidak dinafikan intergiti kewangan, pangkat dan kuasa membuatkan mereka bagai hilang pedoman.

MUAFAKAT melihat kedangkalan YB Mat Sabu ini boleh menjadi ancaman kepada negara apabila beberapa kali beliau mendedahkan kelemahan pertahanan negara kepada dunia. Sebelum ini pun beliau ada mengumumkan soal kelemahan pertahanan udara!

Rujuk: https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/07/31/mat-sabu-only-four-out-of-rmaf-28-russian-fighter-jets-can-fly/

Justeru, saya Haji Rashidi bin Haris selaku Ketua Media MUAFAKAT mendesak kerajaan supaya segera memecat YB Mat Sabu sebelum beliau memberitahu kepada dunia akan kelemahan kekuatan Angkatan Tentera Darat Malaysia pula.

Kenyataan terbaru beliau yang mendedahkan kekuatan pertahanan laut TLDM (Tentera Laut DiRaja Malaysia) dibuat oleh beliau di persidangan Shangri-La Dialogue titled Asia’s Evolving Security Order and Its Challenges, di Singapura pada hari Sabtu yang lepas baru-baru ini amat mendukacita dan memalukan negara.

Rujuk:

https://youtu.be/rg3LDBnQEE8

Haji Rashidi bin Haris

Ketua Media MUAFAKAT

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts