REAKSI PUTRA TERHADAP KENYATAAN TUN MAHATHIR

483
SHARES
2.6k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI PUTRA

29 Mei 2019

Saya menyambut baik sindiran Tun Mahathir yang memberi komen;

“Penubuhan PUTRA adalah perkembangan baik kerana menggalak perpecahan Melayu. Kalau ada 100 Parti Melayu lagi baik jika ini yang dikehendaki oleh orang Melayu.”

PUTRA sebenarnya ditubuhkan atas semangat dan contoh yang dimulakan oleh pemimpin-pemimpin yang menubuhkan Parti PPBM atau Bersatu.

Parti Bersatu telahpun berjaya menghancurkan UMNO semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kerana itu yang dikehendaki oleh orang Melayu.

Sebutlah apa sahaja alasan kerana ada pihak yang sentiasa bersikap bahawa “orang lain sahaja tidak betul tapi diri sendiri tidak pernah rasa bersalah”.

Maka Bersatu telah mengorak langkah ke arah matlamat 100 parti Melayu.

Sebelum Bersatu, yang mengambil langkah bijak menubuhkan parti bagi menjaga perpaduan Melayu adalah parti Amanah dan PKR.

Malangnya Bersatu jatuh di nombor ke-3 dan jika PUTRA jatuh di nombor ke-4, masih ada 96 lagi Parti Melayu patut ditubuhkan untuk mencapai jumlah 100 parti Melayu.

Bezanya jika hendak dibandingkan penubuhan PUTRA dengan Bersatu yang menjaga kepentingan Melayu, bezanya PUTRA tidak bersekongkol dengan DAP yang kononnya “banyak jasa membina perpaduan rakyat Malaysia”.

Banyak perbezaan pemimpin PUTRA dengan yang lain-lain setakat ini antaranya “cakap tidak serupa bikin” dan pemimpin PUTRA tidak bersikap “tidak nampak gajah depan mata tetapi nampak kuman di seberang laut”.

Selain itu, perbezaan yang amat ketara ialah PUTRA baru sahaja ditubuhkan jika hendak dibandingkan juga dengan Bersatu yang telahpun menyertai PRU-14 dan telah “menyumbang peranan yang bermakna ke arah perpaduan Melayu”.

Hasilnya dapat kita lihat bersama landskap politik negara telah berubah dari Malaysia Lama kepada Malaysia Baru. Hebatkan?

Yang perlu disindir ialah PUTRA walaupun baru lahir. Belumpun lagi menyertai PRU tetapi jasanya begitu besar menyumbang ke arah perpecahan Melayu.

Di Malaysia sekarang banyak perkara aneh berlaku ibarat hujan naik ke langit.

Kata dulang paku serpih kerana mengata orang kita yang lebih.

Salah dan buruk orang kita nampak tapi diri sendiri sepanjang masa rasa betul ibarat mengajar itik berenang.

Buat apa yang saya suruh kerana saya sahaja yg betul. Orang lain tidak betul tapi saya sahaja yg betul. Tidak percaya tengok sahaja rekod.

Presiden PUTRA yang bernama Ibrahim Ali sentiasa dilihat tidak pernah betul sejak dahulu, kini dan mungkin selamanya.

Bersifat konsisten dengan pendirian adalah sebesar-besar kelemahan Pimpinan PUTRA tetapi akan menyelamatkan kepentingan, perjuangan dan perpaduan Melayu yang sebenarnya.

Siapa dan parti manakah sudah berjasa kepada perpaduan Melayu setelah menang sorak kampung tergadai?

Sudah pasti tidak PUTRA yang baru lahir.

Amalan kepimpinan pecah dan perintah sebenarnya menjadi punca perpecahan dan bukan banyak parti.

Demikian kata-kata hikmat Pak Ibrahim Ali Pahlawan Melayu Terakhir.

Tun Mahathir dan Tok Him sebelum ini seperti bapa dan anak.

Jika bapa tubuh BERSATU maka anak tubuh PUTRA.

Inilah yang dikatakan “bapa borek anak rintik”.

PUTRA PERKASA NEGARA

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden PUTRA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts