ISU PEGUAM ALLAHYARHAM ADIB TARIK DIRI

459
SHARES
2.2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI PUTRA, DATO PADUKA DR. IBRAHIM ALI

27 Mei 2019

Selaku Presiden Parti Bumiputera PERKASA Malaysia (PUTRA) saya turut terkejut dengan berita penarikan diri peguam Syazlin Mansur yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam prosiding Inkues Allahyarham Adib.

Lebih membimbangkan apabila penarikan diri peguam tersebut turut dikatakan akan membatalkan tindakan memanggil semula saksi ke-29, Perunding Kanan Patologi Forensik United Kingdom, Dr Shahrom Abdul Wahid.

PUTRA melihat wujud kebarangkalian unsur konspirasi dalaman untuk menyembunyikan keterangan-keterangan pakar terutama dalam keadaan Dr. Shahrom Abdul Wahid dalam keterangan awalnya membantah teori 2 ahli pakar lain bahawa Adib mati akibat kecederaan terjatuh dari kenderaan van EMRS.

Pada pertengahan bulan April yang lalu juga, kita dikejutkan dengan berita 2 saksi Doktor Pakar Forensik yang telah memberi keterangan dalam prosiding Inkues Adib telah membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya melaporkan bahawa mereka diugut oleh pihak-pihak tertentu untuk mengubah keterangan dalam prosiding Inkues berkenaan.

Namun sehingga kini, pihak polis dan Peguam Negara masih berdiam diri berkaitan laporan polis berkenaan yang jelas berunsur jenayah dalam keadaan kematian dan prosiding inkues Allahyarham Adib mendapat tumpuan utama masyarakat dan berprofil tinggi.

Jadi apabila hari ini diberitakan Peguam KPKT menarik diri dan dengan penarikan diri itu boleh membatalkan keterangan saksi pakar yang telah membantah pendapat 2 Pakar Forensik lain yang akhirnya 2 Pakar Forensik itu membuat laporan polis diugut pula adalah mencetuskan persoalan besar kepada PUTRA, apa yang cuba disembunyikan dengan kematian Adib ini?

PUTRA dengan ini menawarkan diri untuk bertemu dan berbincang dengan keluarga Allahyarham Adib termasuk menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada keluarga Allahyarham bagi menjawab segala kemelut dan konspirasi yang sedang berlaku.

Dengan mandat dari keluarga itu nanti, PUTRA akan memastikan semua misteri yang menyelubungi kematian Allahyarham Adib ini dapat membongkarkan tangan-tangan ghaib yang melindungi penjenayah sebenar.

TANPA MANDAT KELUARGA ALLAHYARHAM ADIB SUKAR UNTUK PUTRA MENGAMBIL TINDAKAN MELALUI GUAMAN KERANA TIADA LOCUS STANDI.

Pihak keluarga Allahyarham Adib boleh menghubungi pihak kami segera bagi memberi mandat jika bersetuju.

Allahyarham Adib adalah mangsa keadaan dan kematiannya wajar dibela sebaiknya mengikut undang-undang.

PUTRA PERKASA NEGARA

Sekian, terima kasih.

Dato Paduka Dr. Ibrahim Ali

Presiden Parti PUTRA

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts