MUKHRIZ: BENIH MAHATHIR YANG GAGAL

438
SHARES
2.6k
VIEWS

Akhirnya Mukhriz Mahathir memohon maaf kepada DYMM Sultan Johor kerana kebiadapan beliau tidak bersalaman dengan DYMM Sultan Johor dan TMJ. Yang seronoknya, apabila hendak pertahan tindakan biadap Mukriz, Ratu Naga siap buat video kononnya rakyat biasa yang berbaju hitam tidak boleh bersalaman dengan kaum kerabat Diraja yang memakai baju putih sekiranya kerabat itu tidak menghulurkan tangannya terlebih dahulu.

Belum lama selepas video tersebut diterbitkan oleh Ratu Naga, tiba-tiba Setiausaha Akhbar Mukhriz mengeluarkan kenyataan berhubung permohonan maaf Mukhriz kepada DYMM Sultan Johor. Apa Ratu Naga hendak komen sekarang?

Mukhriz ni sememangnya biadap, semalam beliau bukan hanya biadap terhadap DYMM Sultan Johor dan TMJ, tetapi sebaik sahaja tiba giliran beliau hendak bersalaman dengan Dato’ Sri Najib dan Datin Sri Rosmah, beliau telah berpaling ke belakang dan tidak bersalaman dengan mereka.

Inilah manusia yang tidak sedar bahawa nasib beliau sekeluarga hanya akan selamat jika Dato Sri Najib kembali memerintah, kerana sifat Dato Sri Najib yang tidak simpan dendam pada musuh politiknya. Mukriz mungkin tidak sedar bahawa kalau orang lain berkuasa selepas ketiadaan bapanya, tidak kiralah Anwar ke, Kit Siang ke, Mat Sabu ke, Azmin ke, semua menunggu masa hendak ajar beliau dan adik beradiknya.

Daripada membazir masa membuat video mempertahankan kebiadapan Mukhriz, lebih baik Ratu Naga buat video sempena pelantikan Johari Abdul menjadi Menteri Besar Kedah yang baru mulai 1 Jun ini.

Banyak tajuk boleh digunakan untuk video ini, tetapi yang paling sesuai, letak “Mukhriz, Benih Mahathir Yang Sentiasa Gagal”.

Apa tidaknya, bertanding Ketua Pemuda Jerlun – GAGAL

Bertanding Ketua Pemuda Malaysia – GAGAL

Bertanding Naib Presiden UMNO – GAGAL

Menjadi Menteri Besar zaman BN, sekerat jalan kena buang – GAGAL

Ini jadi Menteri Besar zaman Pakatan Harapan dan bapa beliau jadi Perdana Menteripun sekerat jalan kena buang.

Sememangnya Mukhriz ini “Benih Mahathir Yang Maha GAGAL”.

Kalau bapanya masih hiduppun beliau gagal walau dibantu bapanya, bagaimana Mukhriz yang dikenali dengan nama timangan “Boboy” ini hendak “survive” apabila bapanya sudah tiada?

Dato’ Lokman Noor bin Adam

Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts