RAJA SALMAN IKTIRAF 100 HAKIM MELALUI DEKRI DIRAJA

349
SHARES
2.1k
VIEWS

Raja Salman Al Saud memperkenan bagi mengeluarkan Dekri Diraja bagi mengiktiraf 100 hakim di pelbagai peringkat di Kementerian Keadilan Saudi.

Menteri Kehakiman dan Pengerusi Majlis Kehakiman Tertinggi Waleed Al-Samaani berkata, perintah tersebut adalah sebahagian daripada sekongan dan usaha penjagaan berterusan Raja Salman terhadap sistem pengadilan di negara tersebut.

Bagi tahun ini sahaja, kerajaan Saudi telah mengeluarkan 774 lesen untuk amalan undang-undang, 619 untuk peguam lelaki dan 155 untuk peguam wanita.

Kementerian itu baru-baru ini pihak kerajaan telah mengumumkan jumlah peguam yang berdaftar dengan kementerian telah mencapai seramai 6,270 termasuk 487 peguam wanita.

Untuk meningkatkan prestasi dan kecekapan pentadbiran, Kementerian Keadilan Saudi telah melancarkan beberapa perkhidmatan dalam talian.

Salah satu e-perkhidmatan ini membolehkan para pelanggan untuk bertanya mengenai kuasa wakil dan kesahihan mereka, menamatkan perkhidmatan yang tidak diingini serta mendapatkan maklumat mengenai agensi yang memeriksa kesahihan mana-mana wakil mereka.

Sistem baharu ini memudahkan kira-kira 70 peratus daripada prosedur sedia ada ini dilihat sebagai reformasi pentadbiran kerajaan Saudi dalam menuju Wawasan 2030, yang diilhamkan oleh anakandanya yang juga bakal pewaris takhta, Putera Mahkota Mohammed Bin Salman.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts