KEMENTERIAN PENDIDIKAN SAUDI BELANJA LEBIH 500 JUTA UNTUK SEKOLAH AWAM

15
SHARES
166
VIEWS

Arab Saudi membelanjakan lebih daripada 500 juta ringgit bagi membina ‘kompleks pendidikan’ yang akan memberi perkhidmatan kepada 90,000 pelajar di bandar-bandar utamanya.

Kementerian Pendidikan Saudi yang diwakili oleh syarikat milik kerajaan Saudi iaitu Tatweer Buildings Co., menandatangani perjanjian dengan Al-Mabani Real Estate Co. pada Selasa lepas untuk membina 30 institusi bagi para pelajar di Dammam, Jeddah dan Riyadh.

Perjanjian itu termasuk pelan jangka pendek untuk menubuhkan 10 kompleks di tiga bandaraya tersebut dengan pengambilan seramai 30,000 pelajar.

Inisiatif ini akan menelan belanja sekitar 900 juta ringgit dan dijangka siap pada 2022. Selain itu, melalui rancangan jangka panjang mereka pula adalah bagi menubuhkan 20 kompleks untuk 60,000 pelajar yang menelan belanja sekitar 660 juta ringgit.

Kompleks ini akan berada di lokasi yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan