AL-ULA, DARI MUNDUR KEPADA SIFAR PENGANGGURAN

16
SHARES
173
VIEWS

Tidak lama lagi bandar Al-Ula di barat laut Arab Saudi yang selama ini kurang dikenali akan bertukar menjadi simbol kejayaan bagi pelan Wawasan 2030 yang diilhamkan oleh Putera Mahkota Saudi, Mohammed Bin Salman Al Saud.

Bandar tersebut sebelum ini kurang berkembang malah diabaikan, namun kini ia menjadi tuan rumah kepada Festival Muzik “Winter at Tantora”, di mana setiap tiketnya habis dijual setiap malam antara bulan Disember dan Februari lepas.

ini berikutan kebanjiran peminat-peminat muzik dan pengunjung berbondong-bondong ke Al-Ula bagi menonton persembahan legenda seperti Andrea Bocelli, Yanni, Mohammed Abdo dan Majida El-Roumi.

Selain itu, projek seperti Resort Sharaan dan Rizab Alam Semulajadi Sharaan yang akan disiapkan pada  tahun 2023, dijangka akan menjadikan bandar tersebut sebagai pusat tarikan pelancong apabila dibuka kelak.

Baru-baru ini, Festival Belon Air Panas menjadi penanda aras bagi pelaksanaan pelan tindakan untuk memperkenalkan ‘pelancongan pengembaraan’ di Arab Saudi dan seterusnya Rali Dakar akan berlangsung di negara tersebut pada tahun hadapan.

Kejayaan Al-Ula – sebahagian besarnya adalah kerana kerja keras dan usaha berterusan yang dilakukan oleh Suruhanjaya DiRaja yang baru dibentuk, menggambarkan apa yang akan berlaku melalui Wawasan 2030 iaitu;

  • Meneroka industri baharu
  • Mengurangkan kebergantungan negara terhadap sumber minyak
  • Memanfaatkan khazanah bersejarah dan kultural yang selama ini diabaikan, serta
  • Mencipta peluang pekerjaan untuk rakyat

Menurut pegawai kanan yang bertanggungjawab terhadap peluang pekerjaan di negara tersebut memberitahu media bahawa dalam masa kurang dari tiga tahun, Al-Ula telah berjaya mencapai kadar pengangguran negatif sebanyak 2 peratus.

Ini bermakna bahawa Al-Ula kini perlu mengambil pekerja dari kawasan berdekatan untuk memenuhi permintaan pekerjaan yang semakin meningkat.

Sebagai rekod, Al-Ula adalah sebuah bandar bersejarah yang merupakan rumah kepada Tapak Warisan Dunia Madain Saleh, UNESCO.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan