SAUDI DESAK PBB TINGKATKAN USAHA BANTERAS PERKAUMAN DAN KEBENCIAN

338
SHARES
2k
VIEWS

Arab Saudi telah menyeru kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memperkuatkan usaha global untuk membanteras diskriminasi kaum, kebencian dan sikap tidak bertoleransi.

Mengulas dalam sidang undang-undang antarabangsa di Austria, Dr. Abdullah bin Fakhri Al-Ansari, Penasihat Kementerian Dalam Negeri Saudi berkata, Saudi sedang menimbang undang-undang baru untuk menangani apa yang selama ini menjadi ancaman besar kepada keamanan dan keselamatan dunia.

Dr. Abdullah yang juga Ketua Pengarah Hal Ehwal Undang-Undang dan Kerjasama Antarabangsa, memberitahu perwakilan bahawa tindakan segera diperlukan untuk memerangi sikap tidak bertoleransi berdasarkan ideologi dan bangsa.

Menurut beliau, berdasarkan laporan bahawa dalam beberapa tahun lepas, kebencian dan toleransi terhadap Islam telah mencapai tahap yang cukup ‘membimbangkan’.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts