LIM KIT SIANG: JANTAN ATAU PONDAN?

414
SHARES
2.4k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

21 Mei 2019

Dalam ucapannya sempena Mesyuarat Agung Cawangan DAP, Parlimen Iskandar Puteri Sabtu lalu (18 Mei 2019) Kit Siang telah menyatakan, kempen “Malu Apa Bossku” bertentangan dengan Rukun Negara, mencabar Pelan Anti rasuah Kebangsaan 2019-2023.

Dakwanya lagi ia juga menghalang kepada misi transformasi negara daripada satu kleptokrat global kepada negara berintegriti terulung.

Integriti terulung? Sedarkah Kit Siang, dia, anaknya, Peguam Negara dan Kerajaan PH sendiri adalah penghalang kepada prinsip Rukun Negara, Pelan Anti Rasuah dan Rule of Law di Malaysia.

Setidaknya Najib sedang dibicarakan walaupun cukup jelas Ia seperti dipaksa untuk mengikut naratif politik Kerajaan PH.

Sebaliknya kenapa anaknya Lim Guan Eng tidak mahu membersihkan dirinya melalui proses perbicaraan di mahkamah?

Kenapa mahu gunakan Peguam Negara menggugurkan kes beliau yang baru memulakan perbicaraan. Itu sudah cukup jelas menghalang integriti dan pelan anti rasuah yang PH dan Kit Siang momokkan.

Itu tidak termasuk kontroversi projek terowong bawah laut yang didakwa ada unsur rasuah. Hingga kini Kit Siang, Guan Eng dan SPRM tidak dapat menjawab kebocoran kertas siasatan SPRM oleh portal Malaysia Today yang mendedahkan rasuah berlaku.

Beberapa nama terdedah dalam kertas siasatan yang bocor itu. Antaranya nama Lim Guan Eng, Ketua Menteri Chow Kon Yeow, P. Ramasamy dan Exco Lim Hock Seng.

Dalam kertas siasatan itu, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, Pengarah Urusan CZCSB mendedahkan kepada SPRM, 40% daripada projek terowong itu miliknya dan 60% milik Ewe Swee Kheng iaitu proksi Lim Guan Eng. Swee Kheng pula memberitahu SPRM, daripada 60% miliknya itu, 10% adalah milik Lim Guan Eng.

Pada 20 April 2019 Malaysia Today mendedahkan lagi maklumat di muka surat 15 dan 16 dari kertas siasatan yang bocor itu bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang turut terbabit.

Bagaimana kertas siasatan itu boleh bocor? Adakah terdapat pegawai SPRM yang tidak berpuas hati dan tidak mahu bersubahat dengan ‘cover up’ telah membocorkan kertas siasatan tersebut?

Zarul juga mendedahkan RM22 juta telah dibayar supaya SPRM tidak meneruskan siasatan terhadap projek terowong tersebut.

G. Gnanaraja yang dituduh sebagai perantara, telah ditahan oleh SPRM. Penahanan beliau membuktikan kandungan maklumat yang bocor itu adalah benar.

Persoalannya adakah nama-nama lain akan terlepas begitu sahaja dan Gnanaraja seorang sahaja menjadi kambing hitamnya?

Kenapa Lim Kit Siang diam menikus terhadap gejala ‘selective prosecution‘ ini? Di mana integriti terulung yang beliau katakan di persidangan cawangan cawangan DAP tersebut?

Amat contradict, kerana dalam kes Najib, Kit Siang menyatakan, biar mahkamah yang tentukan sama ada beliau bersalah atau tidak.

Tetapi dalam kes anaknya, kuasa digunakan untuk menghalang mahkamah melaksanakan proses yang sama.

Bahkan dalam perbicaraan kes AMLA yang sedang berjalan banyak terdedah perkara yang meragukan sama ada Najib boleh mendapat perbicaraan yang adil.

Bayangkan pasukan pembela Najib dihalang untuk mendapatkan perincian akaun Najib. Pegawai Ambank yang juga saksi pendakwa memaklumkan dia mendapat arahan daripada SPRM.

Saksi mendedahkan perkara ini melalui surat yang dihantar kepada team pembela Najib. Dalam surat bertarikh 15 Mei 2019 itu, Group Compliance Ambank Islamic, Nazaruddin Md Kassim memaklumkan mereka telah menerima surat rasmi dari SPRM bertarikh 14 Mei 2019 yang tidak membenarkan perincian akaun Najib diserahkan kepada pihak pembela.

Sepatutnya Lim Kit Siang merasa malu kerana mempertahankan pelaksanaan keadilan yang buruk oleh Kerajaan PH.

Dengan bangga Kit Siang beritahu perwakilan cawangan yang hadir bahawa, ribut kejayaan kempen “Malu Apa Bossku” berjaya dimatikan di PRK Sandakan pada 11 Mei lalu.

Sepatutnya Kit Siang melihat dalam perspektif yang lebih besar iaitu “ribut kemenangan PH” yang dimomokkan sebagai ‘kemenangan rakyat’ telah mati setelah rakyat celik mata bahawa Kerajaan PH sebenarnya adalah kerajaan pembohong dan ‘kuat kencing’.

Kit Siang, tunjukkan kejantananmu.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts